• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelayan Restoran Lesap RM94,450 Ditipu Macau Scam

oleh AK-47
01/06/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN: Seorang pelayan restoran berputih mata apabila wang berjumlah RM94,450 lesap selepas ditipu individu yang mendakwa dia merupakan suspek utama kes ‘scam’.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian bermula selepas lelaki berusia 32 tahun yang bekerja di Singapura itu menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang memperkenalkan diri daripada Pos Malaysia pada 24 Mei lalu.

Menurutnya, suspek terbabit mendakwa terdapat satu bungkusan di atas nama mangsa namun dinafikan oleh lelaki itu yang juga enggan mengambil barangan yang dimaklumkan.

“Panggilan telefon kemudian disambungkan ke talian lain yang dijawab seorang lelaki berpangkat sarjan dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Seremban. Sarjan Chong itu mendakwa mangsa merupakan suspek utama yang telah melakukan ‘scam’ ke atas org lain dan boleh diambil tindakan dan dituduh di mahkamah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, anggota polis itu juga mengugut untuk menangkap mangsa sebelum menyambung talian kepada Inspektor Edward yang dikatakan akan membantu dalam menyelesaikan masalah berkenaan.

Katanya, Inspektor Edward telah meminta mangsa untuk membuat pembayaran jika mahu menyeselesaikan kes tersebut.

“Disebabkan mangsa takut ditangkap, dia bersetuju untuk selesaikan kes dengan diberikan beberapa nombor akaun bank bagi tujuan pindahan wang. Dalam tempoh antara 25 hingga 29 Mei lalu, mangsa telah membuat 10 kali pemindahan wang ke enam akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM94,450. Kesemua pemindahan wang itu dibuat oleh mangsa kepada akaun keldai yang diberikan oleh sindiket ketika lelaki itu pulang bercuti ke kampungnya di Teluk Intan,” katanya.

Tambah beliau, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan semalam dan siasatan kes tersebut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

UtusanOnline-

Tags: Macau Scampelayan restoran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

Warga Emas Gagal Dapat Gelaran ‘Datuk Seri’, Rugi RM571,000

Warga Emas Gagal Dapat Gelaran ‘Datuk Seri’, Rugi RM571,000

26/05/2023
0

KUANTAN: Keinginan seorang kontraktor untuk bergelar ‘Datuk Seri’ terkubur apabila kerugian sehingga RM571,000 akibat terpedaya dengan penipuan sindiket Macau Scam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd