• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tahu Agenda Khemah Besar Muhyiddin

oleh Mohd Arshad
10/06/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG : Pas mengesahkan tahu tentang agenda Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama di bawah khemah besar dengan parti-parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pendekatan itu bagaimanapun ditolak oleh Pas dalam pertemuan yang diadakan dengan pemimpin berkenaan, sebelum ini.

“Pas ada dimaklumkan dan tahu mengenai (khemah besar), tetapi kita tidak bersetuju dan memutuskan menolaknya.

“Kita berbincang bersama dan tidak sembunyi-sembunyi, malah Muhyiddin menerima pandangan Pas,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Terdahulu, bekas Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamarudin Sedik menuntut Muhyiddin bersikap jujur dan berterus-terang kepada Pas berhubung hala tuju kerjasama politik mereka dalam menghadapi PRU15.

Katanya, Pas tidak wajar diheret sama di bawah khemah besar atau kerjasama persefahaman pilihan raya antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan pembangkang sekiranya melibatkan hubungan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tegas beliau, kebanyakan akar umbi Pas tidak boleh langsung menerima kehadiran DAP dan PKR dalam mana-mana kerjasama politik melainkan dengan parti Melayu Islam.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, Pas komited memperjuangkan prinsip perpaduan ummah bagi menyatu-padukan umat Islam di samping golongan bukan Islam yang tidak ekstrem.

-Utusan Online

Tags: AgendaKhemah BesarKhemah Besar MuhyiddinmuhyiddinPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

PAS Sedia Terajui PN – Syahir

PAS Sedia Terajui PN – Syahir

30/12/2025
0

SHAH ALAM – Pas bersedia menerajui Perikatan Nasional (PN) sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) susulan peletakan jawatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd