• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Mempunyai Kuasa Buat Keputusan 1MDB, Kata Ahmad Husni

oleh AK-47
23/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah pada Khamis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa membuat keputusan dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bukan beliau.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ahmad Husni, 70, berkata, ini dapat dilihat apabila bekas Perdana Menteri itu masih meneruskan projek usahasama 1MDB dengan PetroSaudi International Ltd (PSI) walaupun saksi ke-20 pendakwaan itu telah melahirkan kebimbangannya berhubung projek itu.

“Pada 2009, saya beritahu Najib bahawa 1MDB tidak boleh ditubuhkan tanpa kajian kebolehlaksanaan, yang Najib mengatakan bahawa beliau akan meneruskan (penubuhan syarikat pelaburan itu) dan memintanya agar tidak masuk campur.

“Berhubung projek usaha sama dengan PSI, saya beritahu beliau yang pertama, masih belum ada telaga minyak lagi. Jika tiada minyak, bermakna kita akan hilang pelaburan… 1MDB tidak mempunyai rekod prestasi dalam petroleum. Saya juga beritahu beliau bahawa 1MDB tidak ada pengalaman dalam bidang cari gali minyak dan sepatutnya diserahkan kepada Petronas.

“Tetapi beliau beritahu saya agar tidak campur tangan lagi. Itu menunjukkan beliau mempunyai kuasa kerana tiada perbincangan,” katanya ketika sesi pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram pada perbicaraan Najib berhubung penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Sebelum ini, saksi itu memberi keterangan bahawa beliau bertemu dengan Najib di pejabatnya untuk memberitahu bahawa 1MDB tidak boleh ditubuhkan tanpa kajian kebolehlaksanaan, kerana tujuan kajian kebolehlaksanaan itu adalah untuk membuat penilaian praktikal terhadap cadangan projek serta risiko dari segi perniagaan dan kewangan.

Sri Ram: Dicadangkan kepada anda bahawa bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh telah menyifatkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi sebagai seorang penjenayah. Adakah anda mengetahui Shahrol mendapat arahan daripada siapa? Saksi menjawab: “daripada Najib Tun Razak”.

Sri Ram: Najib Tun Razak, maksud anda tertuduh? Ahmad Husni menjawab: “Ya”.

Saksi itu menambah beliau tidak mengetahui sama ada Shahrol Azral pernah menerima imbuhan lain sebagai pekerja selain daripada gajinya.

Sri Ram: Semalam, semasa pemeriksaan balas, anda ditanya mengenai Petronas, anda diberitahu bahawa PM mempunyai monopoli terhadap perniagaan itu (Petronas). Apakah perniagaan utama Petronas?

Ahmad Husni: Ia berkaitan dengan petroleum bukan sahaja di seluruh negara tetapi juga pelaburan antarabangsa dalam sektor itu.
Sri Ram: Dalam kes 1MDB, adakah ia ada kaitan dengan sumber asli?

Ahmad Husni: ‘Tidak’.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.

-Sinar Harian

Tags: 1MDBKeputusan 1MDBnajib
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Balai Cerap UAE Jangka Hari Raya Haji Disambut Pada 9 Julai 2022

Next Post

Bekalan Ayam Dalam Negara Stabil, Mencukupi

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Bekalan Ayam Dalam Negara Stabil, Mencukupi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd