• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPN Syor Manfaatkan Bakat Malaysia Di Luar Negara

oleh Mohd Arshad
07/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Majlis Profesor Negara (MPN) berpendapat bakat Malaysia yang berada di luar negara masih boleh digemblengkan tanpa perlu mereka pulang ke negara ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Dengan mencadangkan konsep ‘brain gain’, Presiden MPN, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose, berkata ia membolehkan golongan profesional di luar negara menyumbang balik kepada Malaysia biarpun masih bekerja di negara luar.

Beliau berkata, sebelum ini sudah ada usaha membawa pulang bakat Malaysia di luar negara termasuk melalui syarikat berkaitan kerajaan, TalentCorp Malaysia, namun segelintir mereka tidak kekal lama berikutan ketiadaan infrastruktur serta keadaan yang kondusif.

Katanya, MPN berpandangan tidak perlu untuk golongan profesional berkenaan dihalang berhijrah ke negara lain kerana menganggap mereka keluar untuk menimba ilmu dan peluang yang lebih baik.

Namun, katanya, Malaysia tidak boleh kehilangan peluang mendapatkan sumbangan daripada golongan terbabit.

“MPN sudah memperkenalkan apa yang kita panggil sebagai program ‘brain gain’ melalui diaspora Malaysia.

“Orang selalu merintih mengenai ‘brain drain’ tetapi sebenarnya kita boleh ubah menjadi ‘brain gain’ dengan cara menyediakan kerangka yang lebih kemas.

“Ia perlu dilakukan secara berfasa iaitu fasa pertama perlu mengenal pasti dan menyediakan pangkalan data, di mana saja warga Malaysia berada, sama ada mereka sudah menukar kewarganegaraan (atau sebaliknya), asalkan mereka berasal dari negara ini,” katanya pada sidang media selepas Program Perbincangan Meja Bulat bertajuk Keluarga Malaysia: Dari Slogan Kepada Kerangka Pembangunan Negara, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Raduan berkata, MPN sedia bekerjasama dengan TalentCorp yang juga sudah mendekati diaspora Malaysia untuk tujuan sama.

Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan, Pakar Dinamik Bendalir dan Pemindahan Haba, Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal sebagai berkata, TalentCorp sudah berbincang dengannya berhubung saranan mewujudkan badan diaspora sebagai langkah mengubah senario ‘brain drain’ kepada ‘brain cycle’ di negara ini.

Beliau dilaporkan berkata, kedua-dua pihak berkongsi pandangan mengenai keperluan mewujudkan satu program diaspora yang bakal membuka peluang pakar kelahiran Malaysia yang merantau di luar negara berbakti kepada badan tempatan.

Katanya, idea itu sangat selari dengan TalentCorp yang sudah merancang pelaksanaan program ‘Malaysia Heart’ (MyHeart) sejak suku akhir 2021.

BHonline-

Tags: bakatMPNMyHeart
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Upaya Bakat Jana Komuniti Sejahtera

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Upaya Bakat Jana Komuniti Sejahtera

31/07/2024
0

KELAZIMANNYA konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dianggap masih baharu di Malaysia yang mana tidak ramai tahu bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi...

Hanya Jemaah Menteri Boleh Bubar MPN

Hanya Jemaah Menteri Boleh Bubar MPN

06/10/2022
0

KUALA LUMPUR : Kuasa bagi membubarkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) tertakluk kepada Jemaah Menteri dan kerajaan, kata Menteri Kewangan, Tengku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd