• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi 11,000KM 132 Warga KD Lekir

oleh AK-47
20/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Belayar sejauh lebih 11,000 kilometer untuk mengharumkan nama negara. Itu misi khas dilakukan 132 warga kapal KD Lekir Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini dalam perjalanan menuju ke Hawaii, Amerika Syarikat.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Semua mereka bakal menyertai latihan maritim terbesar di dunia iaitu eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) di Hawaii, Amerika Syarikat membabitkan pelayaran lebih tiga bulan.

Laskar Kelas II PRL Muhammad Hadrie Asrolsani dan Laskar Kelas I TLS Logindaran Parasuraman adalah antara warga TLDM termuda di KD Lekir yang menyertai misi khas itu.

Muhammad Hadrie, 23, yang berkhidmat sebagai Pembantu Juragan di KD Lekir sejak April lalu menyifatkan penyertaannya dalam misi itu pengalaman amat berharga.

Dia teruja apabila KD Lekir dipilih sebagai wakil TLDM ke eksesais RIMPAC 2022 tahun ini.

“Ini peluang keemasan saya melihat dan mengenali aset ketenteraan negara lain yang turut serta pada eksesais maritim terbesar dunia itu.

“Penugasan panjang seperti ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga bagi tempoh lama,” katanya.

Sementara itu Logindaran turut melahirkan kegembiraan apabila kali pertama berlayar ke luar negara sebagai warga TLDM.

Juruteknik elektrik berusia 23 tahun itu mula bertugas di KD Lekir sejak 13 Disember tahun lalu.

Menurutnya, Penyertaan KD Lekir di RIMPAC 2022 akan menyaksikan kapal TLDM melaksanakan latihan penembakan misil dan dia antara kru yang menjaga peralatan berkaitan.

“Sebagai staf elektrikal, saya bertanggungjawab menjaga peralatan di kapal supaya berada dalam keadaan baik,” katanya.

Dengan perjalanan ke Hawaii berbaki seminggu lagi, kedua-dua pelayar muda ini sudah menyesuaikan diri dengan keadaan kapal KD Lekir dan bersedia memulakan latihan bersejarah berkenaan.

-Harian Metro

Tags: KD LekirMisi 11000KM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KD Lekir Cipta Sejarah Tembak Peluru Berpandu Di Luar Malaysia

30/05/2022
0

LUMUT : Kapal Diraja (KD) Lekir bakal mencipta sejarah apabila menjadi kapal perang pertama negara melakukan penembakan peluru berpandu di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd