• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MGRC Tawar Penjagaan Holistik Buah Pinggang

oleh Mohd Arshad
23/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Malaysian Genomics Resource Centre Bhd (MGRC), mengumumkan ia sudah menguasai 51 peratus kepentingan dalam Aquahealth Sdn Bhd (Aquahealth), pengendali dialisis buah pinggang, dari Rinani Renal Bhd.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pakar genomik dan biofarmaseutikal terkemuka itu berkata, penguasaan ke atas Aquahelth itu diambil melalui anak syarikat milik penuhnya, MGRC Healthcare Sdn Bhd (MGRC Healthcare), kini akan menjadi pengendali pusat dialisis itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shasha Nordin berkata, ia akan menjadi yang pertama daripada banyak pusat di seluruh negara yang akan didorong oleh model penjagaan buah pinggang yang diperibadikan dengan menyepadukan dialisis dengan pengurusan pemakanan, perubahan gaya hidup, dan juga ujian genetik pesakit dan ahli keluarga terdekat mereka.

Pendekatan perintis ini akan memberi tumpuan kepada membawa inovasi dalam penyampaian perkhidmatan untuk meningkatkan kehidupan pesakit dengan penyakit buah pinggang kronik.

“Pemerolehan kepentingan Aquahealth adalah sebahagian daripada strategi Kumpulan kami untuk mendapatkan portfolio pelbagai aset pertambahan pendapatan di seluruh Asia Tenggara yang akan, seterusnya, memanfaatkan dan mendapat manfaat daripada pengetahuan dan pengalaman genomik dan biofarmaseutikal kami yang dibangunkan sejak 18 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Aquahealth sedang menubuhkan pusat dialisis buah pinggang di Gombak, Selangor, dengan lesen untuk mengendalikan pusat itu dimiliki Dewan Perniagaan Islam Antarabangsa Malaysia.

Menurut laporan Pengurusan Penyakit Buah Pinggang Kronik Kementerian Kesihatan, bilangan rakyat Malaysia yang menghidap penyakit buah pinggang diunjurkan meningkat dengan ketara pada masa hadapan terutamanya disebabkan oleh kelaziman diabetes, hipertensi dan populasi yang semakin tua.

Pada 13.2 peratus setahun, Malaysia mempunyai kadar pertumbuhan tahunan penyakit buah pinggang kronik kedua tertinggi di dunia.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan terdapat lebih 40,000 pesakit buah pinggang di Malaysia, dengan lebih 8,000 pesakit baharu didiagnosis setiap tahun sejak 2018.

-Berita Harian

Tags: buah pinggangMGRCPenjagaan HolistikPenjagaan Holistik Buah Pinggang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saintis Cipta Buah Pinggang Manusia Daripada Babi

Saintis Cipta Buah Pinggang Manusia Daripada Babi

08/09/2023
0

WASHINGTON - Saintis China telah berjaya mengembangkan buah pinggang mengandungi sel manusia dalam embrio babi, yang pertama di dunia yang...

Remaja Jual Ginjal Beli iPhone, iPad Menderita Sakit

10/01/2019
0

INGATKAH lagi anda kepada seorang remaja yang menjual salah satu buah pinggangnya di pasaran gelap semata-mata untuk membeli iPhone dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd