• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maritim Malaysia Perlu Tambah Aset, Perkasa Kawalan Perairan

oleh Mohd Arshad
07/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Keupayaan aset yang dimiliki Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika ini tidak mencukupi untuk berdepan dengan tugas penguatkuasaan dan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) di perairan negara yang semakin mencabar.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, keupayaan aset yang dimiliki agensi berkenaan ketika ini tidak mencukupi untuk berdepan dengan tugas termasuk menangani isu pencerobohan nelayan asing dan pendatang asing tanpa izin.

Justeru, beliau berharap dapat menerima sekurang-kurangnya sebuah kapal peronda luar pesisir pantai (OPV) tahun ini bagi meningkatkan rondaan di kawasan perairan negara.

Ketika ini, katanya, agensi itu memiliki 70 kapal dan 190 bot di seluruh negara, namun sebahagian besarnya sudah usang dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

“Kita sepatutnya sudah terima tiga kapal OPV lama dulu tetapi disebabkan beberapa masalah tertentu, kita masih belum menerimanya.

“(Aset-aset sedia ada) tidak mencukupi dengan keperluan kita ketika ini namun, kita akan yakin perolehan aset baharu secara berperingkat seperti kapal peronda pesisir pantai (OPV), bot pemintas laju (FIC) dan helikopter dapat memantapkan lagi operasi kita.

“Insya-Allah, perkara ini (perolehan aset) sedang diatasi dan kita mengharapkan seperti yang dijanjikan kepada pihak APMM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), kita akan menerima sebuah OPV tahun ini dan dua lagi OPV pada tahun depan,” katanya ketika ditemui selepas sambutan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) Peringkat Kebangsaan di Pantai Batu Buruk di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Maritim Malaysia Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli.

Selain kapal OPV, Saiful Lizan berkata, pihaknya juga menjangkakan menerima enam bot pemintas laju (FIC) menjelang akhir tahun ini bagi meningkatkan pemantauan dan mengawal perairan terutama daripada pencerobohan nelayan asing.

Dalam pada itu, katanya, sepanjang 16 tahun Maritim Malaysia diwujudkan berjaya mengendalikan 2,500 kes membabitkan pelbagai insiden.

“Sebanyak 805 kes yang dikoordinasikan membabitkan insiden kapal dan bot; koordinasi membabitkan manusia (944 kes), bantuan aset (525 kes); khidmat nasihat perubatan (19 kes) dan khidmat bantuan sokongan dan platform logistik kepada agensi lain (207 kes),” katanya.

-Berita Harian

Tags: asetMaritimMaritim Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Negara Siasat Aset Milik Tun Daim

6 Negara Siasat Aset Milik Tun Daim

01/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa di enam negara akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan harta dan aset...

RM4.5 Bilion Harta Daim Di Lima Negara Akan Dibeku

RM4.5 Bilion Harta Daim Di Lima Negara Akan Dibeku

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Aset dan harta dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, keluarganya serta proksi, yang berada di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd