• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Adib Tarik Balik Rayuan, Tak Mahu Panjangkan Kes

oleh Mohd Arshad
15/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menarik balik rayuan komital terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ia membabitkan dua rayuan oleh bapa arwah Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa Tommy mempunyai hak merayu dan rayuannya diterima.

Bagaimanapun peguam cara mewakili Mohd Kassim, Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu sesekali tidak mengubah keputusan dan dapatan Mahkamah Koroner pada 27 September 2019 bahawa mangsa meninggal dunia kerana perbuatan jenayah.

Kenyataan itu menjelaskan rayuan itu ditarik balik kerana pihak keluarga tidak mahu memanjangkan lagi perkara berkenaan.

Menurut kenyataan itu, pendirian keluarga Allahyarham untuk menarik balik rayuan komital juga tidak bererti usaha mencari pembunuh arwah Muhammad Adib tidak boleh diteruskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana siasatan jenayah tiada had masa di sisi undang-undang.

“Keluarga Allahyarham kemudiannya mengarahkan peguam cara untuk menarik balik rayuan yang masih berlangsung di Mahkamah Rayuan, berhubung permohonan mengkomitkan Tommy atas tuduhan menghina Mahkamah, kerana pihak keluarga tidak lagi mahu memanjangkan perkara ini.

“Susulan daripada arahan keluarga arwah Muhammad Adib agar rayuan bapa arwah ditarik balik, pihak peguam, melalui Tetuan Mohd Zubir Embong telah memfailkan Notis Menarik Balik Rayuan pada 31 Mei 2022 untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan.

“Maka dengan itu, pihak keluarga arwah Muhammad Adib menganggap proses dan prosiding penghinaan Mahkamah terhadap Tommy Thomas dan Jabatan Peguam Negara, selesai dan tamat di sini,” katanya.

Tambahnya, pihak keluarga Muhammad Adib turut berharap masyarakat dapat menerimanya, sekali gus membolehkan mereka memulakan kehidupan baharu.

Bagaimanapun, tegasnya, ia tidak sama sekali menggugat keputusan dan dapatan oleh Mahkamah Koroner yang mengesahkan bahawa Muhammad Adib mati akibat dipukul walaupun pembunuhnya tidak dapat ditemui sehingga hari ini.

Katanya, kematian Allahyarham turut disumbangkan oleh kegagalan pasukan PDRM dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal rusuhan.

“Alasan penghakiman setebal 52 halaman oleh Hakim Koroner itu tidak pernah diakas oleh mana-mana mahkamah yang lebih tinggi, dan dengan yang demikian itu, kekal sebagai dapatan fakta yang autoritatif.

“Perjuangan menuntut keadilan untuk seorang anggota kerajaan yang mati dibunuh ketika dalam bertugas menjaga keamanan juga boleh diteruskan oleh mana-mana masyarakat sivil, orang awam, serta badan-badan bukan kerajaan yang prihatin,” katanya.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan parah dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun sama.

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib adalah disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

-Berita Harian

Tags: AdibRayuanTarik Balik Rayuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penantian 42 Tahun Berakhir, Malaysia Layak Ke Piala Asia

Next Post

Menteri: Pindaan Akta Kerja Berkuat Kuasa 1 September Ini

Related Posts

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

19/03/2025
1

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mula mendengar hujahan daripada pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang...

Rayuan Kes Syed Saddiq Didengar 19 Mac Tahun Depan

Rayuan Kes Syed Saddiq Didengar 19 Mac Tahun Depan

09/12/2024
0

Kuala Lumpur : Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 19 dan 20 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan Ahli Parlimen Muar...

Next Post

Menteri: Pindaan Akta Kerja Berkuat Kuasa 1 September Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd