• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr M Mungkir Janji, Tak Timbul Anwar Tak Cukup Majoriti – Saifuddin

oleh Mohd Arshad
03/06/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata bahawa tidak timbul isu presiden parti itu Anwar Ibrahim tidak mencukupi sokongan untuk menjadi perdana menteri sekiranya Dr Mahathir Mohamad memegang janjinya.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Saifuddin juga menafikan kenyataan Mahathir yang mendakwa bahawa dia masih lagi perdana menteri jika bukan kerana langkah Anwar.

“Tidak timbul Anwar tak sokong. Perjanjian sebelum PRU14 ialah Dr Mahathir jadi perdana menteri ketujuh. Anwar, PKR dan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji. PH menang PRU14 dan Dr Mahathir menjadi perdana menteri ketujuh negara.

“Saya sendiri yang mewakili PKR di samping pimpinan DAP dan Amanah yang terlibat tahu bahawa Dr Mahathir setuju sebagai interim PM.

“Dia tidak setuju menetapkan tarikh untuk berhenti tetapi setuju dua tahun untuk tidak dilihat sebagai ‘lame duck’ atau pemimpin yang akan pincang. Ternyata Dr Mahathir mungkir janji,” katanya kepada Malaysiakini.

Saifuddin mengulas dakwaan Mahathir semasa wawancara bersama Utusan Malaysia bahawa dia masih lagi perdana menteri dan bahawa Anwar sebagai ‘tidak lurus’.

Untuk rekod, sebelum PRU14, pimpinan PH bersetuju meletakkan Mahathir sebagai calon PM berikutan Anwar ketika itu masih berada di penjara.

Namun, susulan ‘Langkah Sheraton’ yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali kerajaan PH tumbang dan Mahathir meletak jawatan pada Feb 2020.

Seterusnya, Muhyiddin menjadi perdana menteri kelapan selepas mendapat sokongan daripada ahli parlimen BN, PAS dan GPS. Sementara, Anwar gagal mendapat sokongan ahli parlimen di kalangan bekas sekutu PH.

Menjelaskan krisis politik negara pada 2020, Saifuddin yang juga ahli parliman Kulim Bandar-Baharu berkata Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri tanpa membuat perbincangan dengan pimpinan PH.

“Dia hilang jawatan akibat perbuatan sendiri yang silap. Jika dia mengakui kesilapannya dia akan lebih dihormati.

“Janji PKR dan PH untuk menjadikan Mahathir sebagai perdana menteri ketujuh telah ditunaikan.

“Mahathir sendiri tidak tunai janji untuk melepaskan jawatan PM kepada Anwar. PKR tidak pernah janji sokong Mahathir sebagai PM kelapan.

“Jika, Mahathir tunai janji, tidak timbul Anwar tak cukup majoriti,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: anwarsaifuddinTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

CAP Gesa KPDNHEP Kuat Kuasa Akta Kawalan Harga

Next Post

Kes Buli: Reputasi Sekolah Lebih Penting

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah Anak Thaksin Jadi PM Thailand

Anwar Ucap Tahniah Anak Thaksin Jadi PM Thailand

18/08/2024
0

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Paetongtarn Shinawatra atas pemilihannya sebagai Perdana Menteri Thailand. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Next Post

Kes Buli: Reputasi Sekolah Lebih Penting

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd