• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Isteri SM Faisal Jalani Hukuman 7 Hari Di Penjara Wanita Kajang

oleh Mohd Arshad
27/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bekas Isteri SM Faisal Jalani Hukuman 7 Hari Di Penjara Wanita Kajang
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas isteri ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, Emilia Hanafi, hari ini menjalani hukuman penjara tujuh hari atas kesalahan ingkar perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengenai tarikh lawatan tiga anaknya.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pemenjaraan itu bermula hari ini, selepas Emilia, 43, hadir sendiri di Mahkamah Syariah dan menyerah diri.

Menurut peguam syarie Nazri Yahya yang mewakili Emilia, anak guamnya akan menjalani hukuman penjara itu di Penjara Wanita Kajang.

“Selepas pemenjaraan itu, anak guam saya akan hadir untuk prosiding di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu dalam prosiding sebelum Emilia masuk ke lokap, wanita itu berkata dia berharap kes yang dihadapinya menjadi contoh supaya mendapat keadilan yang sewajarnya.

Media sebelum ini melaporkan Emilia akan menyerah diri di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini dan menjalani hukuman penjara tujuh hari.

Pada 4 September 2019, Mahkamah Tinggi Syariah di sini menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap Emilia selepas membenarkan permohonan komital (menghina mahkamah) yang difailkan Faisal apabila wanita itu mengubah tarikh lawatan anak-anaknya.

Emilia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Pada 8 Jun lalu, Emilia turut memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadapnya kerana mengubah tarikh lawatan anak-anak untuk bersama bapa mereka.

Ibu tiga anak itu menamakan S.M Faisal, 43, bekas ibu mentuanya Puan Sri Zaleha Ismail, 70, dan lima pihak lain sebagai responden.

Turut dinamakan sebagai responden iaitu Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur dan Kerajaan Malaysia.

Dalam permohonan itu, Emilia menyatakan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hanya mempunyai bidang kuasa mahkamah tempatan yang terhad berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 4 Akta Undang-Undang Keluarga (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Emilia memohon suatu deklarasi bahawa Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur tidak memiliki bidang kuasa untuk mendengar prosiding komital dan menghukum individu yang bukan pemastautin Wilayah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Emilia juga memohon suatu perintah larangan untuk menahan prosiding komital syariah iaitu permohonan kebenaran mengeluar Notis Tunjuk Sebab (NTS) di Mahkamah Tinggi Syariah yang difailkan oleh S.M Faisal.

Turut dipohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan itu dan NTS yang telah dimeterai.

Permohonan itu juga turut melibatkan pembatalan semua surat, notis, arahan, perintah atau arahan yang mesti dipatuhi atau arahan lain yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur.

Beliau juga memohon suatu perintah interim untuk menggantung semua prosiding dan pelaksanaan apa-apa perintah bagi prosiding syariah sementara menunggu pelupusan muktamad pendengaran prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.

-Kosmo Online

Tags: Bekas Isteri SM FaisalhukumanPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd