• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas ADUN Didakwa Cabul Wanita

oleh Mohd Arshad
12/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita berusia 27 tahun di sini, Januari lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Rasman, 54, dituduh di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap wanita berkenaan dengan maksud untuk mencabul kehormatan mangsa dalam sebuah kereta pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire di daerah ini pada jam kira-kira 5 petang, 13 Januari lalu.

Rasman yang juga Ketua BERSATU Bahagian Kota Tinggi didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana daripada dua seksaan itu.

Terdahulu, Pengarah Pendakwaan Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Wirdah Mohd Yunos mencadangkan jaminan RM5,000 dikenakan terhadap tertuduh.

Peguam, Muhammad Mohd Nasir dan Muhammad Izzad Syafiq Ismail memohon jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama sepanjang siasatan polis sebelum Amalina membenarkan Rasman diikat jamin RM4,000.

Mahkamah juga menetapkan 3 Julai depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen, disusuli 16 hingga 18 Ogos untuk perbicaraan.

Rasman memenangi kerusi DUN Sedili dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei 2018 atas tiket Barisan Nasional (BN) mewakili UMNO sebelum keluar parti untuk menyertai BERSATU selepas kekalahan BN di peringkat negeri dan Pusat.

-Berita Harian

Tags: bekas ADUNcabul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

07/11/2025
0

Seremban: Guru sekolah di Batu Kikir, Jempol, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang...

Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Bekas ADUN

Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Bekas ADUN

23/07/2025
0

TELUK INTAN - Misteri bau busuk daripada sebuah rumah pusaka membawa kepada penemuan rangka manusia di Jalan Sungai Nibong di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd