• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bandar Di Kuwait Catat Suhu Paling Panas Di Bumi

oleh Mohd Arshad
08/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR RAYA KUWAIT -Sebuah bandar di Kuwait, Al Jahra merekodkan suhu paling panas di muka Bumi tahun ini dengan catatan mencecah 50 darjah Celsius, lapor laman berita Gulf News, semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menurut indeks suhu global, Al Jahra mencatatkan suhu tertinggi di Bumi pada Ahad lalu, dan diikuti oleh bandar Al Wafra dengan 49.7 darjah Celsius.

Kuwait dan bahagian selatan Iraq, selain timur dan timur laut Arab Saudi, kini terjejas oleh jisim udara yang sangat panas dengan kesannya dijangka berterusan sepanjang minggu bersama catatan suhu melebihi 50 darjah Celsius.

Tahun lalu, bandar Nawasib yang juga terletak di Kuwait mencatatkan 53.2 darjah Celsius, suhu tertinggi di dunia setakat ini.

Musim panas Kuwait bermula apabila ketiadaan hujan, suhu panas tinggi dan angin kencang yang mula bertiup pada akhir Mei serta berterusan sehingga pertengahan Julai yang mencetuskan ribut debu.

Haba yang tinggi adalah disebabkan oleh pergerakan angin tekanan rendah India ke arah Pergunungan Zagros, di mana angin kehilangan habanya akibat mampatan pada ketinggian tinggi pada kadar enam darjah setiap kilometer.

Kosmo-

Tags: bandarKuwaitSUHU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bandar Berusia 4,000 Tahun Ditemui Tersembunyi Di Oasis Arab Saudi

Bandar Berusia 4,000 Tahun Ditemui Tersembunyi Di Oasis Arab Saudi

31/10/2024
0

PARIS: Penemuan sebuah bandar berkubu berusia 4,000 tahun yang tersembunyi di sebuah oasis di Arab Saudi mendedahkan bagaimana kehidupan pada...

Bapa Lemas Ketika Cuba Selamatkan Damia, Malik Ikut Terjun Ke Sungai

Tutup Sekolah Jika Suhu Cuaca Lebih 37 Darjah Celsius

05/05/2024
0

TAIPING - Kementerian Pendidikan (KPM) akan menutup mana-mana sekolah sekiranya suhu harian melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd