• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Berkenan Kurnia Biasiswa Kepada 12 Penuntut IPT

oleh AK-47
29/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Agong Berkenan Kurnia Biasiswa Kepada 12 Penuntut IPT
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), di Istana Negara di sini, pada Rabu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lapan penerima biasiswa ialah bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) manakala empat di peringkat sarjana.

Dua penerima akan melanjutkan pengajian di luar negara manakala 10 lagi telah dan akan melanjutkan pengajian di universiti penyelidikan dalam negara tahun ini.

Penuntut menerima biasiswa di peringkat PhD ialah RK. Tharini, 24, yang melanjutkan pelajaran dalam Sains Genetik di Universiti Cambridge di United Kingdom, Nur Dini Fatini Mohammad Faizal, 23, Penyelidikan Sains Farmaseutikal, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Diikuti, Muhammad Mohamed Amin, 27, (Kejuruteraan Pembuatan, UKM); Nurfatihah Zulkifli, 25, (Biokimia, Universiti Malaya); Syed Muhammad Iqbal Syed Othman, 26, (Bioteknologi Tumbuhan, UKM); Nur Alia Afifah Zakaria, 24, (Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM); Chai Jian Yi, 26, (Sains Perubatan, UKM) dan Soon Wan Chi, 24, (Kejuruteraan Kimia, USM).

Bagi penerima biasiswa BYDPA di peringkat sarjana pula ialah Omar Akbar Khan, 27, (Ekonomi, London School of Economic); Toh Liang Su, 25, (Sains Tumbuhan, Universiti Putra Malaysia); Ain Nur Afifah Azman, 22, (Sains Genetik, UKM); Nursyamimi Ramli, 26, (Sains Perubatan, UKM).

BYDPA diperkenalkan pada 2006 dan sehingga kini sebanyak 17 sesi penawaran telah dilaksanakan merangkumi 187 penerima yang diberi penajaan untuk pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

-Sinar Harian

Tags: AgongBiasiswaPenuntut IPT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Kurnia Kebenaran Guna Dua ‘Airboat’ Milik Peribadi Bantu Operasi Banjir

Agong Kurnia Kebenaran Guna Dua ‘Airboat’ Milik Peribadi Bantu Operasi Banjir

04/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan dua ‘airboat’ berkuasa tinggi...

Gempa Bumi Segamat: Agong Titah Semua Masjid Dan Surau Di Johor Laksana Solat Hajat, Doa Selamat

Gempa Bumi Segamat: Agong Titah Semua Masjid Dan Surau Di Johor Laksana Solat Hajat, Doa Selamat

30/08/2025
0

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan semua masjid dan surau di Johor mengadakan solat hajat serta doa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd