• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WHO Bekerjasama Rapat Negara Terjejas Cacar Monyet

oleh AK-47
21/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bekerjasama rapat dengan negara-negara yang merekodkan kes jangkitan cacar monyet dalam usaha mengekang penularan virus tersebut.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu dalam kenyataan di buletinnya menyebut, untuk tujuan tersebut ia akan memperluaskan pengawasan penyakit bagi mencari dan menyokong individu yang mungkin terjejas.

“Ia termasuklah memberi panduan tentang cara menguruskan penyakit berkenaan.

“Kami juga akan terus mengadakan mesyuarat dengan kumpulan pakar dan penasihat teknikal untuk berkongsi maklumat mengenai penyakit serta strategi tindak balas,” menurut kenyataan itu.

WHO juga akan terus menerima maklumat terkini berkaitan status wabak yang berterusan di negara endemik.

Cacar monyet merebak secara berbeza daripada Covid-19.

Justeru, WHO menggalakkan orang ramai untuk menerima maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai seperti pihak berkuasa kesihatan tentang tahap wabak dalam komuniti, gejala dan pencegahan.

Terdapat kira-kira 80 kes yang disahkan setakat ini termasuk 50 siasatan yang belum selesai.

Namun, WHO menjangkakan lebih banyak kes mungkin dilaporkan apabila pengawasan berkaitan penyakit tersebut diperluaskan.

Setakat ini, kes jangkitan cacar monyet telah direkodkan di 11 negara di seluruh dunia.

Sejak awal minggu ini, kes jangkitan cacar monyet dikesan merebak di beberapa negara di dunia.

Ia menimbulkan kebimbangan kerana penyakit itu selalunya berlaku di Afrika Barat dan Tengah serta jarang sekali merebak ke tempat lain.

Pakar memberi amaran tentang penularan yang lebih luas jika kes tidak dilaporkan.

-Sinar Harian

Tags: cacar monyetwho
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AS Akan Perangkap, Simpan CO2

Next Post

Mariupol: Russia Isytihar Kemenangan Di Kilang Azovstal

Related Posts

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

19/07/2025
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan...

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

14/12/2024
0

LONDON - Kadar kematian lemas global menurun 38 peratus sejak 2000, namun lebih 7.2 juta orang kebanyakannya kanak-kanak, masih berisiko...

Next Post

Mariupol: Russia Isytihar Kemenangan Di Kilang Azovstal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd