• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Virus Cacar Monyet: Pintu Masuk Negara Tidak Ditutup

oleh Mohd Arshad
28/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Kerajaan memutuskan untuk tidak menutup mana-mana pintu masuk utama negara meskipun virus cacar monyet (monkeypox) merekodkan lebih 100 kes di negara luar.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata meskipun tiada lagi kes virus itu direkodkan di negara ini, kesiapsiagaan membendung penularan cacar monyet di Malaysia sudah dijalankan sepenuhnya.

Beliau berkata, buat waktu ini tiada keperluan untuk mengambil keputusan drastik menutup pintu sempadan yang baru dibuka bagi merancakkan kembali sektor ekonomi serta pelancongan negara.

“Sekarang kita fokuskan pintu sempadan sebab kita sudah buka, hendak tutup balik nanti orang marah. Kita sekarang memperketatkan, tidak mahu terjadi seperti Virus Omicron sebelum ini.

“Kakitangan sudah diberi taklimat langkah pencegahan yang mana (pengembara) datang dari negara endemik atau terdapat kes saringan ketat akan dijalankan bagi mengesan tanda atau simptom,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kajian Kematian Perioperatif (POMR) Kebangsaan KE-7, yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri Dr Rusdi Abd Rahman, di Ayer Keroh, hari ini.

Dr Noor Azmi berkata, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) juga sudah bersedia menerima pesakit sekiranya terdapat kes yang dikesan sama ada dalam kalangan pengembara mahupun rakyat Malaysia.

“Pemerkasaan kita bukan sahaja di peringkat hospital, malah di peringkat kesihatan awam yang sudah bersedia sepenuhnya.

“Sekiranya petugas KKM mendapati ada tanda atau simptom awal kita akan terus melakukan pengasingan kerana ini penting menghalang merebaknya virus,” katanya.

Sementara itu, Noor Azmi berkata, walaupun negara berdepan dengan isu kekurangan doktor pakar, situasi itu tidak serius dan dapat ditangani.

“Kita perlukan lebih ramai tetapi tidaklah serius kerana kerajaan sentiasa berusaha dapatkan lebih ramai pakar, malah sekarang KKM amalkan sistem kluster.

“Ada bidang yang tidak cukup antaranya pakar geriatrik dan kesihatan mental (psikiatri). Kekurangan itu ketara apabila jumlah kes kesihatan mental direkodkan banyak dipercayai sejak pandemik COVID-19 dua tahun lalu,” katanya.

BHonline-

Tags: cacar monyetpintu masuk negaraVirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arnab ‘Bertanduk’ Di Colorado Akibat Virus

Arnab ‘Bertanduk’ Di Colorado Akibat Virus

15/08/2025
0

COLORADO: Penduduk di Fort Collins dan beberapa kawasan lain di Colorado dilaporkan melihat arnab liar dengan ketumbuhan berbentuk seperti 'tanduk'...

Malaysia Berhubung Rapat Negara ASEAN Pantau Kes Cacar Monyet

Malaysia Berhubung Rapat Negara ASEAN Pantau Kes Cacar Monyet

20/08/2024
0

GEORGE TOWN - Kerajaan sedang berhubung rapat dengan semua negara ASEAN bagi memantau kes cacar monyet (mpox) di negara-negara berkenaan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd