• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tampar OKU, Pengganggur Didenda RM1,000

oleh Mohd Arshad
10/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING: Seorang penganggur didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan remaja lelaki orang kelainan upaya (OKU) pada Sabtu lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Mohd. Hidayat Hamzah, 22, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nurfarah Syahidah Mohd. Nor.

Lelaki itu turut berdepan hukuman satu bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Hidayat didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada remaja lelaki berusia 13 tahun di Taman Tasik Taiping pada pukul 2.15 pagi, 7 Mei 2022.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nor Amalina Harun manakala tertuduh diwakili peguam Ng Wei Jun daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Tertuduh membayar denda berkenaan.

Terdahulu, rakaman video insiden itu tular di media sosial yang memaparkan suspek menampar remaja terbabit hingga mangsa dilihat terduduk menangis ketakutan sambil memegang basikal.

Kejadian itu dikatakan berpunca apabila suspek ingin meminjam basikal milik mangsa ketika remaja itu sedang beriadah sendirian di kawasan berkenaan.

UtusanOnline-

Tags: OKUPenganggurtampar orang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd