• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri, Lelaki Tempatan Maut Di Serian

oleh Mohd Arshad
21/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Serian : Suami isteri warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan meninggal dunia dalam kejadian berasingan di rumah kongsi ladang serta Kampung Batu Kudi, Balai Ringin di sini, Khamis lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Serian Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, kejadian pertama berlaku di Kampung Batu Kudi yang dilapor pada 4 petang, membabitkan lelaki berusia 47 tahun dipercayai diserang sekumpulan lelaki.

Katanya, insiden disedari isteri mangsa yang terdengar jeritan suaminya kira-kira 50 meter dari rumah.

“Ketika itu, isteri mangsa sedang menidurkan anak dan segera mendapatkan suaminya yang terbaring tidak sedarkan diri dipercayai akibat diserang.

“Dia kemudian membawa suaminya ke Klinik Balai Ringin untuk rawatan sebelum mangsa dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 8.45 malam,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau turut memaklumkan tiga lelaki berusia 28 hingga 34 tahun ditahan pada 5 petang hari sama untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Aswandy berkata, kejadian kedua membabitkan suami isteri warga asing yang ditemukan meninggal dunia di rumah kongsi pekerja Ladang Sawit WFM Melikin pada 8 malam.

Katanya, mayat pasangan berusia 44 dan 47 tahun itu ditemui pekerja ladang dalam keadaan berlumuran darah dan ada kesan kelar di dapur rumah kongsi terbabit.

“Pekerja itu kemudian memaklumkan kepada ketua pengawal keselamatan dan polis bantuan ladang yang kemudian melaporkannya kepada IPD Serian.

“Mangsa wanita cedera di tengkuk sementara lelaki terdapat kesan di leher,” katanya yang memberitahu pasangan itu adalah pekerja ladang berkenaan.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Serian untuk dibedah siasat dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Kedua-dua kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, selain Seksyen 309 kanun sama bagi kes kedua.

-Harian Metro

Tags: mautSerianSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

11/12/2025
0

Machang: Seorang anggota tentera maut manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd