• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setinggan, Pangsapuri Jadi Transit Dagang Burung Dilindungi

oleh AK-47
14/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Rumah setinggan dan pangsapuri di beberapa kawasan di ibu kota dan Selangor dipercayai dijadikan pusat pengumpulan bagi sindiket memperdagangkan burung yang dilindungi undang-undang sebelum dijual ke pasaran gelap.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Kegiatan itu terbongkar selepas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah Cheras bersama Jabatan Perhilitan Wilayah Persekutuan melakukan serbuan di lima lokasi berasingan, semalam.

Komander PGA Briged Tengah Cheras, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Jonit berkata, serbuan bermula 4.50 petang hingga 10.40 malam itu berjaya menahan empat lelaki termasuk seorang warga Indonesia berusia antara 34 hingga 39 tahun.

“Anggota turut merampas 56 ekor burung dilindungi terdiri daripada 49 burung murai batu dan enam burung hijau yang disembunyikan dalam rumah.

“Turut dirampas sebuah motosikal yang disyaki digunakan dalam aktiviti pengedaran dan penjualan burung itu. Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan RM105,700,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata, siasatan mendapati sindiket pengedaran dan penjualan haiwan dilindungi itu menjadikan beberapa rumah di kawasan perumahan setinggan serta rumah flat sebagai tempat penyimpanan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

“Kita percaya penahanan suspek dan serbuan berkenaan berjaya mengganggu gugat rangkaian pengedaran serta penjualan burung yang dilindungi oleh sindiket di Lembah Klang,” katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat supaya memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang kepada pihaknya.

-Harian Metro

Tags: Burung DilindungiPangsapurisetingganTransit Dagang Burung Dilindungi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Lemas, Nekad Terjun Sungai Melaka

Next Post

Pelajar Didenda Gara-Gara Memakai Kurta Semasa Majlis Hari Raya

Related Posts

Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 15 Pangsapuri

Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 15 Pangsapuri

29/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di Bandar Kajang, pagi tadi. Ketua Polis...

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

01/03/2025
0

Kota Kinabalu: Dianggarkan 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas, di sini, awal pagi tadi. Bagaimanapun, kejadian...

Next Post

Pelajar Didenda Gara-Gara Memakai Kurta Semasa Majlis Hari Raya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd