• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Gandum, India Hadkan Eksport Gula

oleh Mohd Arshad
25/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI: Kerajaan India mengehadkan eksport gula bagi melindungi bekalan dalam negara dan membantu mengawal inflasi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Langkah itu diambil beberapa hari selepas melaksanakan sekatan eksport gandum yang menyebabkan harga global melonjak susulan perang di Ukraine.

Kementerian Makanan India dalam kenyataan menjelaskan penghantaran akan dihadkan kepada 10 juta tan bagi tahun pemasaran semasa hingga September.

Jelas kementerian, keputusan itu diambil dengan `tujuan menjamin bekalan domestik dan kestabilan harga sepanjang musim gula’.

Menurut kementerian, eksport gula dijangka mencecah rekod tertinggi pada tahun ini, dengan kontrak ditandatangani untuk kira-kira sembilan juta tan dan 7.8 juta tan sudah dihantar.

India merupakan pengeluar gula terbesar dunia dan pengeksport gula kedua terbesar selepas Brazil.

Sebelum ini, India menghentikan sebarang eksport gandum baharu tanpa kelulusan kerajaan berikutan cuaca panad menjejaskan hasil tuaiannya.

Walaupun India merupakan pemain kecil dalam pasaran global, langkah itu mencetuskan lonjakan harga makanan yang sudah melambung tinggi sejak insiden pencerobohan Russia ke atas kuasa pertanian pada Februari lalu yang sebelum ini menyumbang 12 peratus eksport global.

Keputusan itu juga mencetuskan kebimbangan perlindungan yang semakin meningkat berikutan konflik itu.

UtusanOnline-

Tags: gulaIndiaInflasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

India Tidak Menjemput China, Pakistan dan Turkiye Ke “International Fleet Review 2026”

India Tidak Menjemput China, Pakistan dan Turkiye Ke “International Fleet Review 2026”

02/11/2025
0

India Tidak Menjemput China, Pakistan dan Turkiye ke “International Fleet Review 2026” New Delhi – Dalam satu langkah yang menarik...

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

29/10/2025
0

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India  Oleh Mynewshub  Istilah pembersihan etnik merujuk kepada usaha sistematik untuk mengusir,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd