• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebutan Semula Inkues ‘Baby Syifaa’ Pada 29 Jun Depan

oleh AK-47
30/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Inkues berkaitan kematian seorang bayi perempuan berusia 15 bulan di sebuah pusat jagaan di daerah ini pada Februari lalu yang sepatutnya bermula pada Isnin di Mahkamah Koroner Seremban ditangguhkan pada 29 Jun ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Hakim Mahkamah Sesyen, Rushan Lutfi Mohamed menetapkan tarikh baharu itu selepas dimaklumkan koroner yang mengendalikan inkues itu tidak dapat hadir kerana tidak sihat.

Pada prosiding itu, Pegawai Pengendali Inkues, Timbalan Pendakwa Raya, Badius Zaman Ahmad memberitahu, pihaknya bercadang memanggil 10 saksi dan memerlukan sekurang-kurangnya tujuh hari untuk prosiding kes itu.

Peguam pemerhati keluarga, Muhammad Amin Anuar pula memberitahu mahkamah ada 10 saksi dicadangkan namun meminta pihak pendakwaan memberi senarai saksi bagi mengelakkan percanggahan.

“Pihak kami juga nak mohon salinan dokumen seperti laporan forensik, kimia, patologi, post mortem dan semua dokumen berkaitan dengan prosiding inkues ini,” katanya.

Sebelum itu, bapa kepada ‘Baby Syifaa’, Yuseri Yusoff, 39, hadir di mahkamah untuk mendengar proses inkues tersebut bersama barisan peguam pemerhatinya, Muhammad Amin, Musfira Mohd Fahmi dan Gaithri Thomas.

Yuseri (dua dari kiri) dan isteri (tiga dari kiri) bersama barisan peguam pemerhatinya.
Yuseri ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan punca sebenar kematian anaknya.

Media sebelum ini melaporkan, Nour Rania Asyifaa disahkan meninggal duniaoleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Sendayan pada jam 4.30 petang selepas seorang wanita yang juga pengasuhnya membawa mangsa ke klinik itu untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof dilaporkan berkata, polis merakam keterangan 18 individu termasuk pengasuh dan ibu bapa kepada bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan terbabit.

Katanya, hasil bedah siasat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban merumuskan punca kematian adalah disebabkan tekanan pada leher.

Nanda berkata, hasil siasatan awal mendapati pusat jagaan kanak-kanak itu juga tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beroperasi sejak penghujung tahun 2019.

Beliau turut dilaporkan berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan kertas siasatan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Pada 30 Mac lalu, Yuseri meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkembangan siasatan polis yang didakwa belum menunjukkan sebarang perkembangan positif.

-Sinar Harian

Tags: Inkues 'Baby Syifaa'Sebutan Semula
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

China Adakan Mesyuarat Tergempar

Next Post

14 Mayat Dikeluarkan Dari Pesawat Terhempas Di Nepal

Related Posts

Sebutan Semula Kes Lelaki Bunuh Isteri, Bayi 19 September Depan

Sebutan Semula Kes Lelaki Bunuh Isteri, Bayi 19 September Depan

18/08/2022
0

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret di sini menetapkan tarikh 19 September depan sebagai sebutan semula kes dihadapi seorang lelaki yang...

Sebutan Semula Kes Isma Halil 28 April Ini

28/03/2022
0

Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 28 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes penyampai radio,...

Next Post

14 Mayat Dikeluarkan Dari Pesawat Terhempas Di Nepal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd