• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saudi Aramco Atasi Apple Sebagai Syarikat Paling Bernilai

oleh Mohd Arshad
13/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Saudi Aramco berjaya mengalahkan Apple sebagai syarikat paling bernilai di dunia selepas mencatatkan kenaikan harga saham disebabkan lonjakan harga minyak dunia.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Syarikat petroleum dan gas asli dari Arab Saudi yang ditakrifkan sebagai pengeluar minyak terbesar di dunia itu kini bernilai AS$2.42 trilion (RM10.6 trilion) berdasarkan harga sahamnya pada sesi penutupan dagangan kelmarin.

Saudi Aramco baru-baru ini melaporkan lonjakan keuntungan bersih sebanyak 124 peratus untuk tahun lalu, beberapa jam selepas pemberontak Yemen menyerang kemudahannya dan menyebabkan penurunan sementara pengeluaran.

“Ketika ekonomi dunia mula pulih daripada pandemik Covid-19, pendapatan bersih syarikat meningkat sebanyak 124 peratus kepada AS$110 bilion (RM482.5 bilion) pada 2021 berbanding AS$49 bilion (RM214.9 bilion) pada 2020,” kata syarikat itu.

Sementara itu, Apple telah menyaksikan penurunan harga saham sepanjang bulan lalu dan dan kini dinilai pada harga AS$2.37 trilion (RM10.39 trilion) selepas dagangan rasmi berakhir kelmarin.

Kemerosotan harga saham itu berlaku meskipun Apple melaporkan keuntungan yang lebih baik daripada jangkaan dalam tiga bulan pertama tahun ini di tengah-tengah permintaan pengguna yang kukuh.

Bagaimanapun, Apple memberi amaran bahawa sekatan Covid-19 yang dikenakan di China dan masalah rantaian bekalan yang berterusan akan menjejaskan keputusan prestasi syarikat bagi suku berikutnya Jun ini dengan jangkaan sebanyak AS$4 bilion (RM17.5 bilion) hingga AS$8 bilion (RM35.09 bilion).

“Kekurangan bekalan yang disebabkan oleh gangguan berkaitan Covid-19 dan kekurangan silikon memberi kesan kepada keupayaan kami untuk memenuhi permintaan pelanggan,” kata Ketua Pegawai Kewangan Apple, Luca Maestri.

-Kosmo Online

Tags: appleSaudi AramcoSyarikat Paling Bernilai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Hulur Sumbangan Peribadi Kepada Waris Pelajar USAS

Next Post

RUU Antilompat Parti Dijangka Dibahas Jun Ini

Related Posts

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

28/10/2024
0

JAKARTA: Indonesia melarang Apple Inc daripada menjual peranti iPhone 16 terbarunya di negara terbesar di Asia Tenggara itu, dengan alasan...

Russia Dakwa Risikan AS Guna Telefon Apple

Russia Dakwa Risikan AS Guna Telefon Apple

01/06/2023
0

MOSCOW: Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB) mendedahkan operasi perisikan yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) menggunakan telefon pintar Apple. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

RUU Antilompat Parti Dijangka Dibahas Jun Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd