• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambung Reman Pemandu Treler Hingga Rabu

oleh AK-47
15/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Taiping : Tempoh reman pemandu treler muatan besi yang terbabit dalam nahas mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar, Khamis lalu disambung tiga hari lagi sehingga Rabu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Perintah melanjutkan tempoh reman suspek berusia 28 tahun itu dikeluarkan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh hari ini bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ia susulan dari tempoh reman suspek selama empat hari sejak ditahan pada Khamis lalu berakhir hari ini.

Suspek yang berpakaian lokap warna ungu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9.20 pagi dengan diiringi anggota polis sebelum meninggalkan mahkamah hampir sejam kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, susulan itu suspek dijangka didakwa sama ada pada petang Selasa ini atau Rabu.

“Perintah sambung reman selama tiga hari lagi diperoleh bagi membolehkan kertas siasatan kes berkenaan dilengkapkan.

“Suspek dijangka didakwa pada Selasa ini sama ada pada sebelah petang atau Rabu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Omar Bakhtiar dilaporkan berkata kertas siasatan kes itu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Selasa ini untuk pendakwaan di mahkamah.

Pemandu berasal dari Kubang Pasu, Jitra, Kedah itu mempunyai 22 saman dengan 21 daripada jumlah saman itu sudah dibayar termasuk lapan saman kesalahan memandu laju, selain dilapor turut mempunyai sembilan rekod kesalahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam kejadian sekitar 12.52 tengah malam Khamis lalu, lima pelajar USAS yang menaiki kereta Honda City rentung selepas kereta dinaiki terbakar akibat dirempuh treler muatan besi dari arah belakang ketika melalui kawasan penyelenggaraan jalan dikendalikan PLUS Berhad.

Nahas berlaku di Kilometer 245.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira dua kilometer berhampiran susur keluar Plaza Tol Kuala Kangsar.

Mangsa yang maut adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, yang memandu kereta; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

-Harian Metro

Tags: pemandu trelerremanSambung Reman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

Rex Tan Ditahan Reman Sehari Kerana Soalan Berbaur Perkauman

Rex Tan Ditahan Reman Sehari Kerana Soalan Berbaur Perkauman

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd