• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sada Henti Operasi Empat LRA

oleh AK-47
10/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Alor Setar : Operasi empat Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini terpaksa dihentikan berikutan kejadian runtuhan ban kanan Terusan Tengah milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Syarikat Air Darul Aman (Sada) berkata, loji terbabit adalah LRA Bukit Pinang, LRA Pokok Sena, LRA Jenun Lama dan LRA Jenun Baru yang menyebabkan gangguan bekalan air ke atas kira-kira 80,000 akaun pengguna.

Katanya, masalah bekalan air dijangka menjejaskan orang ramai di daerah Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, dan Yan.

“Henti tugas empat LRA ini dijangka akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan anggaran 80,000 akaun merangkumi empat daerah berkenaan.

“Mada giat mengambil langkah proaktif bagi mengatasi isu ini dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, media melaporkan Sada terpaksa menghentikan tugas LRA Bukit Pinang akibat kejadian itu menyebabkan 75,000 akaun Sada di Kota Setar dan Pokok Sena mengalami gangguan bekalan air.

Kejadian ban pecah seliaan Mada itu berlaku susulan hujan lebat di kawasan tadahan dan di dataran semalam menyebabkan aliran tidak terkawal dan paras air dari tadahan Sungai Padang Terap, meningkat.

“Maklumat berkenaan gangguan bekalan air ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi platform digital rasmi Facebook Syarikat Air Darul Aman dan laman sesawang rasmi SADA di www.sada.com.my,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Henti OperasiLRASADA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Premis Perniagaan Dalam Menara Ilham Masih Boleh Beroperasi

Restoran Berputar Menara KL Diarah Kosong, Henti Operasi

22/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Restoran berputar Atmosphere 360 di Menara Kuala Lumpur (KL) menghentikan operasi sejak semalam susulan perintah pengosongan premis oleh...

Rakyat Kedah Diminta Bersabar Hadapi Krisis Air

07/05/2022
0

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor meminta rakyat negeri ini bersabar dengan masalah bekalan air yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd