• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayuan Kes Dadah Farid Kamil Ditangguh, peguam Terlibat Bicara Ahmad Zahid

oleh Mohd Arshad
19/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan rayuan pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari untuk mengetepikan hukuman penjara sembilan bulan kerana kesalahan menggunakan ganja, empat tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakilinya memaklumkan, beliau terlibat dalam perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Ujar Hisyam, selaku peguam bela dalam kes tersebut, beliau perlu menghadiri prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa kerana saksi utama akan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang berlangsung sehingga esok.

Bekas Timbalan Perdana Menteri kini dibicarakan atas pertuduhan menerima suapan berjumlah S$13.56 juta berkaitan projek Visa Luar Negara (VLN).

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang tidak membantah penangguhan yang dimohon oleh pihak pembelaan. Farid Kamil, 40, turut diwakili oleh peguam Kee Wei Lon.

Sehubungan itu, panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali dan Datuk Ghazali Cha menetapkan 23 Mei ini bagi pengurusan kes.

Mahkamah sepatutnya mendengar rayuan Farid Kamil terhadap hukuman penjara sembilan bulan kerana kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC).

Pelakon itu tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada November 2019 yang mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Mei 2019 memerintahkannya menjalani hukuman penjara sembilan bulan.

Bagaimanapun, Farid Kamil telah menjalani hukuman penjara 35 hari di Penjara Kajang sebelum Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman membenarkan penangguhan hukuman selepas pelakon itu memfailkan rayuan.

Mengikut pertuduhan, pelakon filem J. Revolusi itu didakwa menggunakan dadah pada jam 4.30 petang di Pejabat Narkotik Petaling Jaya, dalam Daerah Petaling Jaya, 11 Januari 2018.

Berikutan itu, Farid Kamil didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada prosiding hari ini, mahkamah juga dijadualkan mendengar rayuan silang pendakwa raya terhadap denda RM5,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap pelakon itu atas kesalahan kekerasan jenayah.

Pihak pendakwaan tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan mahukan hukuman penjara 13 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, dikekalkan.

Pada 2 Jun 2020, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan selepas mendapatinya bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Nor Ariffin turut menjatuhkan hukuman penjara empat bulan bagi pertuduhan mengeluarkan perkataan tidak sopan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967.

Mahkamah turut memerintahkan pelakon itu membayar kos pendakwaan sebanyak RM5,000 atau menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar kos berkenaan.

Nor Ariffin memerintahkan hukuman penjara 13 bulan berjalan serentak tetapi berkuat kuasa selepas hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan terhadapnya bagi kesalahan menggunakan ganja.

Pada 23 Ogos tahun lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor menggantikan hukuman penjara 13 bulan dengan denda RM5,000 bagi kesalahan melibatkan kekerasan jenayah.

Hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan digantikan dengan denda RM500.

Farid Kamil disabitkan melakukan kedua-dua kesalahan itu terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin di Kaunter Pertanyaan, Balai Polis Trafik Kota Damansara pada jam 1.20 petang, 11 Januari 2018.

-Utusan Online

Tags: ditangguhFarid KamilKes Dadah Farid KamilPeguamRayuanRayuan Kes Dadah Farid Kamil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd