• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Penolong Penguat Kuasa KPDNHEP Direman Empat Hari

oleh AK-47
14/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Seorang penolong penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang direman selama empat hari bermula Sabtu selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah bernilai RM3,000.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Georgetown, Tunku Intan Nadiah Tunku Mohammed Nazarin selepas Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), G Jayaraj membuat permohonan itu pada Sabtu.

Suspek berusia 48 tahun itu tiba di mahkamah pada jam 10.30 pagi berpakaian baju lokap dengan diiringi beberapa pegawai SPRM.

Difahamkan, suspek yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Timur Laut di Georgetown ditahan pada petang Jumaat di Bayan Baru ketika menerima wang berkenaan daripada pengadu.

Menurut sumber, wang suapan terbabit dipercayai sebagai balasan untuk menyelesaikan kes yang berlaku pada 2021 serta tidak diambil tindakan ke atas pengadu atas kesalahan memiliki gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi melebihi had kuantiti dibenarkan.

Suspek dipercayai melakukan kesalahan itu sejak tahun lalu dan pengadu berkenaan membuat laporan kepada SPRM awal bulan ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan suspek tidak diwakili peguam.

-Sinar Harian

Tags: DiremanKPDNHEPPenolong Penguat Kuasa KPDNHEPrasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Empat Pelari Negara Layak Ke Final Di Sukan SEA Vietnam

Next Post

Polis Israel Serbu Perarakan Bawa Keranda Abu Akleh

Related Posts

Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000

Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Seorang ejen pusat pemeriksaan kenderaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah mendapatkan nombor giliran...

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

10/03/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dakwaan meminta rasuah RM3,000 sebagai...

Next Post

Polis Israel Serbu Perarakan Bawa Keranda Abu Akleh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd