• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Negara Digesa Bertindak ‘Penjaga’ Kepentingan Awam

oleh AK-47
27/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam menggesa Peguam Negara memainkan peranan sebagai ‘penjaga’ kepentingan awam dengan mengambil semua langkah wajar bagi melindungi prinsip paling penting dalam kebebasan Badan Kehakiman daripada ugutan dan campur tangan pihak tertentu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Presidennya, Karen Cheah Yee Lynn, berkata daripada tujuh resolusi yang dibentangkan, gesaan itu antara perkara yang terkandung dalam satu resolusi yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini, bagi menangani permasalahan dan membincangkan dakwaan ‘serangan ke atas Badan Kehakiman.

Justeru, katanya, salinan resolusi berkenaan turut akan diserahkan kepada Peguam Negara.

“Jadi, setakat ini resolusi yang diluluskan sama ada EGM ataupun AGM (Mesyuarat Agung Tahunan) akan dihantar kepada pihak berkuasa yang relevan dan pihak yang dimaklumkan mengenai resolusi yang diluluskan.

“Majlis Peguam mahu Peguam Negara mempertimbangkan bahawa beliau pun ada peranan untuk dimainkan dalam menegakkan kebebasan kehakiman di negara ini.

“Dalam kes ini, salinan resolusi akan dihantar kepada Peguam Negara. Selalunya salinan resolusi akan dihantar mengikut senarai ditetapkan bergantung kepada jenis resolusi,” katanya pada sidang media selepas EGM di Wisma MCA di sini, hari ini.

Seramai 623 ahli mendaftar untuk hadir dalam EGM kali ini, sekali gus melebihi korum 500 orang sebagai syarat yang ditetapkan untuk melangsungkan mesyuarat berkenaan.

Ia turut dihadiri peguam dari Sabah Law Society dan Advocate Association of Sarawak sebagai pemerhati. Mereka juga senada dengan resolusi yang diluluskan.

Yee Lynn berkata, antara tindakan lain yang akan diambil oleh Majlis Peguam adalah dengan mengadakan protes aman atau perarakan.

Bagaimanapun, katanya tempat, masa dan tarikh belum lagi diputuskan sebaliknya ia akan ditentukan dalam mesyuarat pada Ahad ini.

Katanya, objektif perarakan itu berbeza dengan perarakan yang pernah dianjurkan pada tahun sebelum ini.

“Setiap perarakan berbeza. Pada 2007, perarakan di Putrajaya adalah untuk menuntut keadilan dan berbeza perhimpunan aman pada 2011 di Kuala Lumpur, berhampiran Parlimen.

“Ia juga berbeza dengan perarakan pada 2014 dari Padang Merbok ke Parlimen di mana kami ada menghantar memorandum pada waktu itu, bagi menuntut penghapusan Akta Hasutan,” katanya.

Dua perkara lain yang terkandung dalam resolusi diluluskan itu adalah Majlis Peguam mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, di mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan secara terbuka siasatan jenayah terhadap hakim mahkamah atasan.

Ia termasuk tindakan mendedahkan nama hakim itu kepada orang awam dalam tempoh yang tidak jelas dan tanpa pendedahan yang betul, yang sama dengan tindakan ugutan terhadap Badan Kehakiman.

Selain itu, Majlis Peguam juga mengutuk sekeras-kerasnya sebarang campur tangan ke atas kebebasan Badan Kehakiman dan pelanggaran prinsip asas pengasingan kuasa.

Dakwaan serangan ke atas Badan Kehakiman adalah berkaitan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Ghazali.

Nazlan adalah hakim yang mengenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Datuk Seri Najib Razak selepas mendapati bekas Perdana Menteri itu bersalah terhadap penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Dalam kenyataan pada 21 April lalu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan berkata, artikel ditulis penulis blog, Raja Petra Kamarudin bertajuk ‘Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account’ yang disiarkan di sebuah portal adalah palsu dan tidak berasas.

BHonline-

Tags: EGMkepentingan awamPeguam Negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penunggang Motosikal Maut Rempuh Lori

Next Post

‘Kira-kira 10 Maut’ Dalam Serangan Russia Ke Atas Pangkalan Tentera Tengah Ukraine

Related Posts

Titah Adendum: Peguam Negara Kata ‘Saya Tak Mahu Komen’

Titah Adendum: Peguam Negara Kata ‘Saya Tak Mahu Komen’

08/01/2025
0

PUTRAJAYA: Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar enggan mengulas mengenai Titah Adendum dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan...

Peguam Negara Perlu Bertanggungjawab, Bukan Tuding Jari Ke mahkamah – MUDA

Peguam Negara Perlu Bertanggungjawab, Bukan Tuding Jari Ke mahkamah – MUDA

06/09/2023
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Peguam Negara mesti bertanggungjawab penuh terhadap keputusan mahkamah melepas tanpa melepaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...

Next Post

'Kira-kira 10 Maut' Dalam Serangan Russia Ke Atas Pangkalan Tentera Tengah Ukraine

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd