• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Vietnam Curi Dua Tan Hasil Laut Ditahan

oleh AK-47
16/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman menahan 21 nelayan Vietnam termasuk tekong bersama dua tan hasil laut yang dicuri di perairan negara semasa rondaan dijalankan pada Sabtu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, nelayan berusia lingkungan 18 hingga 54 tahun yang menaiki sebuah bot nelayan asing ditahan ketika rondaan bersepadu Op Pagar Laut, Op Kuda Laut dan Op Iman di perairan Terengganu kira-kira jam 5.30 petang.

“Pemeriksaan ke atas bot berkenaan mendapati semua kru dan tekong tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta bot tidak mempunyai permit menangkap ikan di perairan negara.

“Kita turut merampas kira-kira 1,000 liter diesel, dua tan hasil serta peralatan menangkap ikan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1.6 juta,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Antara hasil laut yang dirampas ketika rondaan bersepadu Op Pagar Laut, Op Kuda Laut dan Op Iman di perairan Terengganu pada Sabtu.
Beliau berkata, bot dan hasil rampasan serta nelayan berkenaan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Kemaman untuk menjalani saringan Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum kes diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti perikanan dalam perairan negara tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan Akta Imigresen 1959/63 kerana kru tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Maritim Malaysia memandang serius isu pencerobohan nelayan asing dan akan mempertingkatkan lagi rondaan dan kawalan di Zon Maritim Malaysia bagi memastikan keselamatan perairan negara.

Katanya, orang ramai disarankan memberi kerjasama untuk membantu menangani sebarang aktiviti jenayah maritim dengan membuat aduan melalui talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kemaman ditalian 09-8581653.

-Sinar Harian

Tags: ditahanHasil LautNelayannelayan Vietnam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kaki Dipercayai Milik Pendaki Dijumpai

Next Post

Dinding Rumah Runtuh Akibat Hujan, Banjir Kilat

Related Posts

2 Beranak Ditahan Kes Mayat Bayi Dijumpai Dalam Tandas Stesen Minyak

2 Beranak Ditahan Kes Mayat Bayi Dijumpai Dalam Tandas Stesen Minyak

26/03/2025
0

SUNGAI BESAR: Polis menahan seorang wanita dan anak perempuannya bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki dalam mangkuk tandas...

Lelaki Ugut Bunuh Firdaus Wong Ditahan

Lelaki Ugut Bunuh Firdaus Wong Ditahan

23/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Polis menahan lelaki yang dipercayai menghantar mesej ugutan bunuh kepada seorang pendakwah menerusi laman sosial Facebook, pada Khamis...

Next Post

Dinding Rumah Runtuh Akibat Hujan, Banjir Kilat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd