• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasi goreng RM6: Pelanggan, Pekerja Restoran Nasi Kandar Bergaduh

oleh Mohd Arshad
06/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL : Gara-gara tidak puas hati dengan nasi goreng kosong dengan telur berharga RM6, sebuah restoran nasi kandar di Bahau,Jempol kecoh dengan pergaduhan antara pelanggan dan pekerja di restoran berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Rakaman kejadian pada pukul 2.30 pagi itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Ho Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki yang mendakwa telah ditumbuk lelaki lain semasa berada di kaunter bayaran.

Menurut beliau, pergaduhan tersebut berpunca apabila seorang wanita yang memesan nasi goreng kosong dan telur mengadu harga makanan tersebut mahal.

“Juruwang restoran berkenaan didakwa meninggikan suara kepada wanita yang mempertikaikan harga nasi goreng tersebut.

“Situasi itu menyebabkan anak wanita itu yang juga pengadu berang dan mengambil kotak tisu lalu membaling ke arah juruwang tersebut tetapi kotak tisu itu terkena barang-barang di atas kaunter juruwang,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, seorang pekerja yang melihat perbuatan pengadu terus menumbuk pengadu sebelum beberapa pekerja lain dan pelanggan cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Chang Hook berkata, polis membuka kertas siasatan kejadian itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan meminta saksi-saksi tampil untuk membantu siasatan.

Dalam itu, kata beliau, pihaknya turut menafikan dakwaan bahawa pihak polis campur tangan dan terlibat dalam menyelesaikan kes pergaduhan tersebut.

“Pihak polis telah mengambil tindakan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” katanya.

-Utusan Online

Tags: bergaduhIsu Nasi goreng RM6pelangganrestoran nasi kandar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1,278 Kes Baru, Dua Kematian

Next Post

JPNP Gagalkan Cubaan Pindah Balak Hutan Simpan

Related Posts

Bergaduh Kerana Nahas, 10 Lelaki Ditahan

Bergaduh Kerana Nahas, 10 Lelaki Ditahan

08/02/2025
0

JEMPOL: Kemalangan di Taman ACBE, Bahau di sini jam 10 malam tadi menjadi punca pergaduhan dua kumpulan sebelum 10 lelaki...

Laluan Rafah Ditutup, 2,500 Penduduk Gaza Tidak Dapat Tunai Haji

Ejen Insurans Ugut Bunuh Pelanggan Ditahan

14/06/2024
0

BALIK PULAU - Polis menahan seorang ejen insurans bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap pelanggannya di Bayan Lepas...

Next Post

JPNP Gagalkan Cubaan Pindah Balak Hutan Simpan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd