• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MHC Gesa KKM Ambil Langkah Segera

oleh AK-47
08/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil langkah segera bagi menjamin tempat kerja yang baik di hospital dan klinik kesihatan untuk setiap petugas kesihatan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

MHC dalam satu kenyataan berkata, persekitaran budaya kerja positif amat diperlukan sekali gus menolak aktiviti membuli dan diskriminasi untuk menggalakkan pembelajaran, pembangunan dan peningkatan kualiti modal insan.

“Kami ingin mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa petugas kesihatan kita sedang mengalami tekanan yang tinggi semasa pandemik Covid-19.

“Keadaan menjadi semakin buruk disebabkan tekanan sedia ada yang telah wujud sebelum pandemik akibat daripada sistem penjagaan kesihatan awam yang terbeban serta kekurangan kakitangan dan dana.

“Sekiranya tekanan ini tidak ditangani dengan baik, kesejahteraan dan kualiti kerja petugas kesihatan bakal terjejas. Ia akan turut memberi impak kepada penjagaan pesakit,” kata kenyataan itu pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, pihak MHC memahami petugas kesihatan baharu harus bekerja melebihi tempoh masa purata untuk mempelajari kemahiran dan membina kecekapan.

“Namun, kami menuntut keseimbangan yang menjamin kesejahteraan dan kesihatan mental mereka. Golongan lebih berpengalaman harus mengajar, memberi inspirasi dan motivasi kepada golongan baru tanpa kekasaran.

“Golongan pakar pula bertanggungjawab dalam menjamin tempat kerja yang selamat dan membendung tingkah laku yang bersifat toksik di tempat kerja.

“Para petugas kesihatan mesti dimaklumkan tentang sumber sokongan yang tersedia. Segala maklum balas wajar diterima dan disiasat dengan jaminan keselamatan kepada pengadu. Tempat kerja yang sihat memerlukan komunikasi dua hala dan mengutamakan kebajikan setiap petugas,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang doktor pelatih yang ditempatkan di Hospital Pulau Pinang, awal bulan lepas dipercayai terjatuh dari bangunan dan meninggal dunia pada 17 April lepas.

KKM juga dilaporkan akan menubuhkan pasukan petugas bebas, bagi menyiasat laporan kematian doktor pelatih itu dan dakwaan budaya buli di kemudahan kerajaan.

Kenyataan MHC itu juga menjelaskan menyambut baik penubuhan pasukan khas bagi menyiasat kematian doktor pelatih tersebut.

“Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang yang meninggal dunia baru-baru ini.

“Kami juga menggesa tindakan tegas ke arah budaya kerja yang positif di semua institusi penjagaan kesihatan secara segera. Kita mesti menjaga kebajikan petugas kesihatan yang seterusnya menjaga kesihatan Rakyat,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: gesaKKMMHC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Vaksin Berasaskan Tumbuhan Berkesan Melindungi 70 Peratus

Next Post

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Utara, Pantai Timur Hingga 9 Malam

Related Posts

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

04/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Hartal Doktor Kontrak bimbang jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memuktamadkan kadar yuran rundingan pegawai perubatan am (GP) dalam...

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

22/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Penjualan produk gula-gula kenyal atau gummy berbentuk mata dikesan masih berleluasa di kebanyakan platform dalam talian walaupun arahan...

Next Post

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Utara, Pantai Timur Hingga 9 Malam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd