• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Pontian Terus Berkurangan

oleh AK-47
06/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Situasi banjir di daerah ini terus menunjukkan perkembangan baik apabila mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menurut Sekreteriat Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Pontian, setakat jam 8 pagi pada Jumaat, bilangan mangsa banjir terus berkurangan kepada 41 mangsa melibatkan 11 keluarga berbanding 168 mangsa banjir (31 keluarga) pada petang Khamis.

Katanya, dua PPS masih dibuka ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya menempatkan 19 mangsa banjir (empat keluarga) dan SK Seri Bukit Panjang menempatkan 32 mangsa banjir (tujuh keluarga).

“PPS di SK Seri Bunian yang sebelum ini menempatkan 117 mangsa banjir (20 keluarga) yang terdiri daripada penduduk Kampung Jasa Sepakat telah ditutup pada jam 6 petang, Khamis.

“Keadaan cuaca bertambah baik, namun pemantauan bersama agensi-agensi berkaitan masih terus dijalankan pada pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah menyampaikan sumbangan kepada 31 keluarga yang dilanda banjir kurniaan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Majlis penyampaian dilakukan di tiga buah PPS iaitu SK Melayu Raya, SK Seri Bukit Panjang dan SK Seri Bunian.

Turut sama mengiringi lawatan beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Tan Eng Meng; Pegawai Daerah Pontian, Mohd Rafi Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian, Mohd Ezzuddin Sanusi.

-Sinar Harian

Tags: Banjirmangsa banjirPontian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd