• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Dipecah Masuk Di Tanah Kubur, RM6,500 Duit Raya Lesap

oleh Mohd Arshad
01/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG : Malang menimpa seorang ahli perniagaan apabila kereta Toyota Estima miliknya tular dipecah penjenayah ketika menziarah pusara ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Lipat Kajang, di sini kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu mengakibatkan lelaki berusia 61 tahun kehilangan beg galasnya yang turut mengandungi wang berjumlah RM6,500.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan berkata, ketika kejadian pemilik sebuah syarikat itu meletakkan kereta dalam keadaan berkunci di kawasan tanah perkuburan berkenaan pukul 9 pagi.

Menurutnya, mangsa yang mahu pulang bagaimanapun terkejut mendapati cermin bahagian pemandu sudah pecah.

“Pemeriksaan mendapati beg galas mangsa mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, buku cek dan wang hilang.

“Kejadian itu disedari anak mangsa yang mendakwa ternampak individu bermotosikal berlegar di kawasan berkenaan dan disyaki memecahkan cermin kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Hoong Fong, siasatan mendapati suspek disyaki seorang lelaki menunggang Yamaha RXZ yang tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya.

“Mangsa bersama keluarganya ke lokasi kejadian bagi melawat kubur arwah ibu bapa dan sanak saudara. Ketika kejadian tiada penggera keselamatan kereta berbunyi dan wang yang hilang merupakan milik mangsa untuk kegunaan persiapan Aidilfitri,” ujarnya.

Difahamkan, jarak antara kereta itu dengan tanah perkuburan berkenaan kira-kira 100 meter dan siasatan lanjut masih diteruskan pihaknya bagi mengesan suspek berkenaan.

Sehubungan itu, Hoong Fong meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannnya di mana-mana balai polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 15 saat memaparkan keadaan cermin kereta Estima itu pecah berdekatan kawasan tanah perkuburan tersebut.

-Utusan Online

Tags: Dipecah MasukDuit Rayakeretatanah kubur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lagi Kritikan Isu Lesen Bank Digital

Next Post

Arab Saudi Sambut Aidilfitri Esok

Related Posts

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

07/04/2025
0

LIPIS : Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai tercampak dan tercicir dari kereta yang dipandu bapanya di KM 7, Jalan...

Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Terima Duit Raya RM500

Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Terima Duit Raya RM500

01/04/2024
1

Putrajaya : Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred...

Next Post

Arab Saudi Sambut Aidilfitri Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd