• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Jepun Dapat Telefon Pintar Seawal Sekolah Rendah

oleh Mohd Arshad
04/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Satu kaji selidik mendapati bahawa kanak-kanak di Jepun sudah mempunyai telefon pintar seawal memasuki sekolah rendah, dengan 51.6 peratus ibu bapa mengakui memberikan peranti itu kepada anak-anak mereka, lapor akhbar Japan Today semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Kadar itu meningkat 11.5 peratus daripada kaji selidik yang dilakukan pada 2019 oleh sebuah firma penyelidikan pasaran teknologi maklumat, Mobile Marketing Data (MMD) Labo.

Kajian tersebut turut mendapati bilangan kanak-kanak yang mempunyai telefon pintar sebelum usia sekolah rendah juga melonjak kepada 5.8 peratus berbanding 2.8 peratus pada 2019.

Pegawai di MMD Labo berkata, keadaan itu disebabkan oleh lebih ramai isi rumah menggunakan telefon pintar sebagai alat untuk berhubung dengan anak-anak apabila mereka pergi ke sekolah atau tempat lain.

Bagaimanapun, situasi tersebut diakui berisiko mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya yang dikaitkan dengan penggunaan internet atau media sosial.

“Setiap keluarga perlu duduk berbincang mengenai risiko dan menetapkan peraturan dalam menggunakan telefon pintar,” kata pegawai tersebut.

Kaji selidik secara online itu berlangsung dari 21 hingga 24 Januari lalu dan melibatkan 1,888 individu lelaki serta wanita yang berusia 20 hingga 59 tahun. Mereka memberikan anak-anak telefon pintar buat pertama kali sejak 2021.

Menurut hasil kaji selidik, pelajar sekolah rendah adalah yang paling kerap mendapat telefon bimbit, seperti yang diakui oleh 28.5 peratus ibu bapa.

Ini diikuti dengan pelajar sekolah menengah, seperti yang diakui oleh 12.4 peratus ibu bapa dan pelajar universiti yang menerima daripada 1.7 peratus ibu bapa.

Sementara itu, ditanya mengenai alasan ibu bapa untuk memberikan telefon pintar, antara jawapan yang diberikan adalah permintaan anak-anak, menghadiri sekolah krem dan kelas-kelas lain serta mahu menggunakan aplikasi pesanan percuma, Line.

-Kosmo Online

Tags: jepunkanak-kanaksekolah rendahTelefon Pintar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd