• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAS Siasat Premis Cemar Sumber Air

oleh Mohd Arshad
04/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat sebuah premis yang disyaki menyebabkan insiden pencemaran bau diesel sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas, semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Pengarahnya, Wan Abdul Latif Wan Jaffar, berkata sampel campuran minyak dan air dari premis berkenaan sudah diambil untuk siasatan lanjut, manakala Perintah Penahanan Operasi Kelengkapan terhadap premis turut dikeluarkan.

“Tindakan mengikut Seksyen 25, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dilakukan, selepas memperoleh keputusan analisis kimia.

“Jika didapati bersalah, pihak premis boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali dan denda tambahan sehingga RM1,000 sehari bagi setiap hari kesalahan.

“JAS akan meneruskan siasatan dan pemeriksaan ke atas semua premis yang berpotensi melakukan pencemaran itu dan tindakan tegas akan dikenakan ke atas premis yang melakukan pencemaran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor iaitu di Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 3 petang, selepas LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi dihenti tugas akibat pencemaran di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Bekalan air pulih secara berperingkat bermula malam tadi, selepas kedua-dua LRA berkenaan kembali beroperasi.

Wan Abdul Latif berkata, selepas pihaknya menerima aduan pencemaran bau diesel pada 1 Mei dan henti tugas LRA Semenyih, semalam, JAS menjalankan siasatan ke atas premis di sepanjang Sungai Semenyih terutama di Kawasan Perindustrian Beranang, bagi mengesan premis yang menyebabkan pencemaran itu.

“Bagi membantu JAS dalam menangani kes pencemaran alam sekitar, orang ramai boleh menjadi pemantau dan pemberi maklumat bagi sesuatu kes pencemaran sehingga tertangkapnya pihak yang melakukan pencemaran.

“Pemberi maklumat boleh diberi ganjaran di bawah Seksyen 48B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sehingga tertangkapnya pelaku ini dan pemberi maklumat diberi perlindungan di bawah Seksyen 50A, akta yang sama,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan orang ramai untuk membuat aduan dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian percuma 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

BHonline-

Tags: JASpencemaranSumber Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JAS Siasat Penemuan 40 Beg Jumbo Bahan Buangan Di Kulim

JAS Siasat Penemuan 40 Beg Jumbo Bahan Buangan Di Kulim

22/06/2024
0

Alor Setar : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan 40 beg jumbo yang disyaki mengandungi bahan...

Ambil Langkah Segera Jamin Sumber Air Negara Mencukupi Hadapi El Nino

Ambil Langkah Segera Jamin Sumber Air Negara Mencukupi Hadapi El Nino

09/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil langkah segera termasuk menjamin sumber air mentahnya supaya tidak dibazirkan bagi mengelak berlakunya krisis air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd