• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan Halal Pilihan Utama Perkasa PMKS

oleh AK-47
28/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Petaling Jaya : Penularan Covid-19 menyebabkan berlakunya gangguan kepada jumlah jualan beberapa produk halal sehingga pengeluarnya tidak dapat mengekalkan perniagaan terutama syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Atas sebab itu, Halal Development Corporation Bhd (HDC) melancarkan Kempen Inisiatif Bajet 2022: Jadikan halal Pilihan Utama Anda membabitkan gabungan dua program iaitu Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS dan Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hairol Ariffein Sahari berkata, ketika Belanjawan 2022 yang diumumkan Oktober pada tahun lalu, HDC diperuntukkan sebanyak RM25 juta untuk menjalankan pelbagai program pembangunan ekosistem perniagaan berkaitan halal supaya ia lebih berdaya maju.

Menurutnya, dengan tema ‘Jadikan Halal Pilihan Utama Anda’ ia selari dengan visi HDC iaitu untuk menjadikan halal sebagai pilihan utama.

“Sejak hari pertama, HDC kekal konsisten dan visi kami adalah untuk menyediakan penyelesaian yang berupaya membantu peserta industri menjadi lebih cemerlang dalam ruang pasaran halal.

“Peranan HDC pula, kita mahu memudah cara penyertaan industri ke dalam ekonomi halal untuk mendapat tiga perkara iaitu pertama meningkatkan eksport halal negara, kedua menarik lebih banyak pelaburan langsung ke dalam industri halal dan ketiga mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat Malaysia melalui industri halal.

“Oleh itu, menerusi inisiatif Belanjawan 2022 ini, ia akan menjadi pemangkin kepada visi, misi dan juga peranan HDC yang kami jangka boleh memberi impak kepada ekonomi halal negara secara keseluruhan dari sudut ekonomi makro dan mikro,” katanya.

Kempen Inisiatif Bajet 2022: ‘Jadikan Halal Pilihan Utama Anda juga’ diadakan bertujuan memberi peluang kepada PMKS untuk menyertai kedua-dua inisiatif ini dan menyertai rangkaian bekalan halal secara lebih strategik melalui usahasama dengan syarikat besar.

Hairol berkata, dalam konteks ini, HDC bekerjasama dengan syarikat multinasional untuk membuka peluang perniagaan kepada PMKS mempromosikan produk mereka di peringkat tempatan.

“Menerusi pelaksanaan kempen ini, kita mahu menyediakan fasilitasi kebolehpasaran produk halal PMKS tempatan yang dipasarkan melalui pasar raya berangkai antarabangsa bagi meningkatkan jumlah jualan dan seterusnya mengurangkan jurang prestasi jualan dan permintaan produk halal PMKS tempatan berbanding produk halal keluaran syarikat besar dan produk halal luar negara.

“Selain itu, kita juga menyediakan fasilitasi penjenamaan bagi produk halal PMKS yang melaksanakan penjualan secara atas talian (e-Commerce) bagi meningkatkan capaian dan prestasi jualan. Ia juga secara tidak langsung mengatasi isu jurang visibiliti produk halal tempatan yang bersaing dengan produk halal luar negara ke arah meningkatkan kemampanan pengeluaran produk halal tempatan.

“Oleh itu, saya harap program ini menyediakan peluang kepada PMKS supaya mereka menjadi pemain industri yang lebih berjaya dalam rangkaian bekalan produk halal di peringkat domestik ataupun antarabangsa,” tambahnya.

Bagi menjayakan kempen ini, HDC menjalinkan usahasama dengan rakan strategik iaitu Lotus’s dan Pasaraya Lulu bagi program peningkatan kebolehpasaran produk halal PMKS, manakala Foodpanda adalah rakan strategik bagi program penjenamaan digital produk halal PMKS.

Di Malaysia, sebanyak 200,000 PMKS yang terbabit dalam perniagaan berkaitan halal dan dari jumlah terbabit hanya 8,000 yang mempunyai sijil halal.

Dari jumlah itu pula, kurang dari 2,000 PMKS yang mempunyai keupayaan buat eksport ataupun jadi pembekal kepada syarikat besar atau multinasional.

Hairol berkata, HDC berpegang kepada statistik itu dan menjadi sebab kepada program yang dilaksanakan ketika ini dan masa akan datang.

“Tugas HDC ada dua di sini iaitu pertama memperbanyakkan PMKS yang mempunyai sijil halal dan kedua bagi yang ada sijil halal, kami akan bantu menjadikan mereka pengeksport serta pembekal produk halal yang berdaya saing tinggi.

“Jadi program ini adalah untuk memudahcara PMKS memasuki pasaran pasar raya melalui rangkaian digital dan ibarat fasa awal kerana selepas ini, HDC akan membawa mana-mana PMKS yang berdaya maju keluar negara untuk menjadi pembekal dalam rangkaian bekalan antarabangsa,” katanya.

Justeru, untuk kedua-dua program menerusi kempen ini, kata Hairol, HDC mensasarkan 500 PMKS yang terbabit dalam pengeluaran produk makanan, minuman, dandanan diri dan banyak lagi.

“Dari sudut pelanggan pula, HDC mahu menarik pengguna di negara ini untuk membeli produk halal hasil PMKS tempatan kerana PMKS kita juga mampu mengeluarkan produk yang baik dan menawarkan harga berpatutan.

“Insya-Allah, sepanjang kempen ini yang sudah bermula dan dijangka berakhir pada Julai ini, pelbagai produk menarik ditawarkan pada harga yang menarik di 64 cawangan Lotus’s dan empat cawangan Lulu di seluruh negara.

“Jika pengguna mahu membeli secara dalam talian, mereka boleh membuat pembelian menerusi aplikasi Foodpanda dan menempah barangan promosi sempena kempen ini,” katanya.

-Harian Metro

Tags: HalalPilihan UtamaPMKS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

e-Invois Tidak Membebankan PMKS: Memudahkan Urusan, Tingkatkan Kecekapan, Percepatkan Pendigitalan

e-Invois Tidak Membebankan PMKS: Memudahkan Urusan, Tingkatkan Kecekapan, Percepatkan Pendigitalan

01/06/2025
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR, 22 Mei 2025 – Dalam dunia yang semakin mengutamakan kecekapan dan ketelusan, pelaksanaan sistem e-Invois oleh...

Kerajaan Sediakan RM40 Bilion Untuk Kemudahan Pinjaman Dan Pembiayaan Usahawan PMKS

Kerajaan Sediakan RM40 Bilion Untuk Kemudahan Pinjaman Dan Pembiayaan Usahawan PMKS

24/02/2023
0

PETALING JAYA: Kerajaan melalui agensi-agensinya akan terus menyediakan pelbagai kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk manfaat usahawan perusahan mikro, kecil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd