• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pantau Bekalan Ayam

oleh Mohd Arshad
24/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan tidak bercadang menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau bekalan ayam yang kini berkurangan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata semua aspek membabitkan bekalan ayam tempatan dipantau oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

“Kita pantau dari segi bekalan. Industri ayam dan telur satu industri yang stabil di negara ini. Cuma dalam keadaan disebabkan beberapa faktor yang dimaklumkan industri, kita berdepan kekurangan.

“Jawatankuasa itu hanya akan diwujudkan jika perlu. Jabatan Perkhidmatan Veterinar dipertanggungjawab untuk melihat keadaan dan memantau pada setiap masa, serta berfungsi untuk melihat pengeluaran ternakan termasuk ayam,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri kementeriannya, di sini, hari ini.

Ronald berkata, sekatan eksport 3.6 juta ayam bulat ke negara seperti Singapura, Vietnam dan Pakistan hanya akan dikaji semula, selepas bekalan dalam negara kembali stabil.

Tanpa memberikan jangka masa yang tepat, Ronald, berkata pemantauan akan dibuat memandangkan tumbesaran ayam antara 35 hingga 40 hari sebelum boleh dijual.

“Keadaan dalam negara berdepan dengan kekurangan ayam. Justeru, langkah ini bersifat sementara dan akan dikaji sebaik saja bekalan ayam kembali stabil,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini, keperluan harian ayam tempatan antara 1.8 hingga 2 juta.

Ronald berkata, eksport ayam dan telur ke negara lain dibuat sebelum ini berikutan bekalan dalam negara stabil dan memenuhi 100 peratus tahap sara diri.

Beliau berkata, bekalan kurang kerana penyakit yang melanda ternakan, selain masalah kekurangan berat yang ditetapkan.

Ronald berkata, kerajaan juga sudah menaikkan subsidi harga ayam daripada RM0.60 sekilogram ke RM1.40 sekilogram pada April dan Mei.

“Diharap pemberian subsidi ini dapat mengekalkan harga di pasaran pada kadar RM8.90 sekilogram,” katanya.

BHonline-

Tags: Bekalan AyamberkuranganJabatan Perkhidmatan Veterinar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kekurangan Bekalan Ayam, Telur Diatasi Menjelang Ramadan

Kekurangan Bekalan Ayam, Telur Diatasi Menjelang Ramadan

25/02/2023
0

GEORGETOWN: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin, masalah kekurangan bekalan telur dan ayam menjelang Ramadan ini, dapat diatasi susulan...

Bekalan Ayam Dijangka Kurang Menjelang Aidilfitri

Bekalan Ayam Dijangka Kurang Menjelang Aidilfitri

24/02/2023
0

SHAH ALAM: Bekalan ayam dijangka berdepan kekurangan bekalan dan harga yang melambung menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri susulan pemborongnya kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd