• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Dituduh Kes Mendaratkan Helikopter Beli ‘Nasi Ganja’

oleh AK-47
09/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Seorang juruterbang bergelar Datuk yang didakwa mendaratkan helikopter di Padang Ipoh untuk membeli 36 bungkus ‘nasi ganja’ pada Julai tahun lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan melanggar Kaedah-Kaedah Udara dalam penerbangan awam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Datuk Mohamed Raffe K Chekku, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga Pengarah Urusan sebuah syarikat, didakwa melanggar Kaedah-Kaedah Udara seperti yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam dalam ‘Civil Aviation Directive 2 – Rules of the Air’ bawah Chapter (Bab) 3, iaitu tidak mematuhi ‘Flight Plan’ (Pelan Penerbangan) yang dikemukakan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu apabila membuat pendaratan sebuah pesawat jenis Bell 505 bernombor pendaftaran 9M-RCI di lokasi selain daripada Aerodrome yang dinyatakan dalam ‘Flight Plan’.

Tertuduh dituduh melakukan kesalahan itu di kawasan Padang Ipoh, Jalan Tun Sambanthan, di sini, kira-kira jam 9.50 hingga 10 pagi 23 Julai tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 77(2) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan boleh dihukum mengikut Peraturan 206(3)(a) Peraturan yang sama.

Jika sabit kesalahan, individu boleh dihukum denda tidak lebih RM50,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jane Sharmila Jesudason, manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu.

Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin, selain menetapkan 29 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

-Berita Harian

Tags: datukhelikopterNasi Ganja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

03/03/2026
0

MANILA – Seorang rakyat Malaysia dilaporkan maut selepas sebuah helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan lapang di Pililla, wilayah Rizal, kira-kira...

Treler Muat Helikopter Punca Kesesakan Teruk Di Subang Jaya

Treler Muat Helikopter Punca Kesesakan Teruk Di Subang Jaya

13/12/2025
0

SUBANG JAYA, 13 Disember — Sebuah lori treler panjang yang membawa muatan helikopter telah mencetuskan kesesakan lalu lintas serius selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd