• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Burung Jatuh Dari Langit Kerana Dehidrasi Dan Kepenatan

oleh Mohd Arshad
16/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Beribu-ribu ekor burung di India dilaporkan terjatuh dari langit ketika terbang akibat keletihan dan dehidrasi disebabkan gelombang haba dahsyat yang melanda negara itu ketika ini, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pasukan penyelamat haiwan di Ahmedabad, bandar terbesar di negeri Gujarat, barat India, berkata, mereka merawat berpuluh-puluh burung setiap hari kerana suhu melepasi 40 darjah Celsius .

Burung-burung itu terdiri daripada burung helang hingga merpati dengan haiwan lain seperti kucing turut terjejas.

Pakar-pakar menyatakan bahawa gelombang haba telah mengeringkan sumber air di bandar itu dan merosakkan kitaran normal hidupan liarnya.

Veterinar di sebuah hospital haiwan, Jivdaya Charitable Trust bekerja tanpa henti untuk membantu haiwan yang semakin lemah akibat cuaca terik.

“Tahun ini merupakan antara yang terburuk sejak kebelakangan ini.

“Kami telah melihat peningkatan 10 peratus dalam bilangan burung yang perlu diselamatkan,” kata anggota penyelamat, Manoj Bhavsar.

Dalam satu sesi pada Rabu lalu, doktor haiwan dirakam menyuntik air ke dalam mulut burung dengan picagari dan memberi haiwan-haiwan itu tablet multivitamin.

Suhu di Ahmedabad dijangka mencecah 42, 43 dan 44 darjah Celsius dalam beberapa hari akan datang.

-Kosmo Online

Tags: BurungDehidrasiKepenatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah haji Malaysia Diserang Dehidrasi

Jemaah haji Malaysia Diserang Dehidrasi

27/05/2023
0

MEKAH – Jemaah haji Malaysia sekali lagi diingatkan supaya menjaga kesihatan dan minum air secukupnya ketika cuaca panas mencecah 40...

Lelaki Ditahan Seludup Burung Disyaki Untuk Berjudi

21/01/2019
0

SEORANG lelaki ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa JFK New York pada hujung minggu lalu kerana cuba menyeludup masuk puluhan burung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd