• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asteroid Lebih Besar Daripada Menara Petronas Menuju Ke Bumi

oleh AK-47
15/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HOUSTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memaklumkan sebuah asteroid gergasi sedang menuju ke arah bumi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menurut Pusat Kajian Objek Berhampiran Bumi Nasa (CNEOS), asteroid yang dikenali sebagai 2008 TZ3 itu akan melewati bumi pada hari ini sekitar jam 2.37 petang (waktu tempatan).

Batu angkasa itu secara rutin akan melalui bumi pada setiap 732 hari semasa mengelilingi matahari.

2008 TZ3 berukuran kira-kira 490 meter lebar dengan diameter antara 0.219 hingga 0.490 kilometer (km).

Saiznya lebih besar daripada bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur (452 meter) dan menara Empire State di New York yang berketinggian 443 meter.

Jarak paling dekat asteroid itu dengan bumi adalah 5,740,000 kilometer (km).

Ancaman diramalkan tidak berlaku kerana jarak antara bumi dan bulan adalah sekitar 385,000km.

Bagaimanapun, saintis telah mengklasifikasikan batu angkasa itu sebagai berpotensi berbahaya kerana saiznya yang besar boleh menyebabkan kerosakan yang dahsyat jika ia mengenai bumi.

Dalam pada itu, NASA menjangkakan asteroid paling hampir seterusnya akan berlaku pada Jumaat, 13 April 2029 apabila asteroid Apophas menghampiri bumi.

Jelas NASA, struktur sepanjang 300 meter itu akan berada hampir dengan bumi tetapi tidak akan menghentam bumi dan menyebabkan kemusnahan.

-Sinar Harian

Tags: asteroidbumiNASA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asteroid Kategori ‘Pemusnah Bandar’ Diramal Bertembung Bumi Disember 2032

Asteroid Kategori ‘Pemusnah Bandar’ Diramal Bertembung Bumi Disember 2032

01/02/2025
0

WASHINGTON : Asteroid baharu dikesan dan hampir sebesar padang bola sepak dijangka memiliki peluang lebih satu peratus untuk bertembung bumi...

NASA Lakar Sejarah Terbang Paling Hampir Kepada Matahari

NASA Lakar Sejarah Terbang Paling Hampir Kepada Matahari

25/12/2024
0

WASHINGTON: Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah semalam apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd