• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS, EU Kecam Polis Israel Serang Majlis Pengebumian Wartawan

oleh AK-47
14/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS: Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) mengetuai bantahan antarabangsa terhadap polis Israel yang mengganas ketika perarakan keranda wartawan Palestin, Shireen Abu Akleh di Baitulmaqdis.

Mereka didakwa memukul pengusung keranda sehingga menyebabkan keranda yang dibawa hampir jatuh.

Ribuan penduduk memenuhi Bandar Lama Baitulmaqdis semalam untuk pengebumian wartawan veteran Al Jazeera itu, dua hari selepas wanita terbabit terbunuh dalam serbuan tentera Israel di Tebing Barat yang diceroboh.

Siaran televisyen menunjukkan pengusung bergelut untuk menahan keranda Shireen daripada jatuh ke tanah ketika polis yang membawa belantan menyerbu dan memukul mereka serta merampas bendera Palestin daripada orang ramai.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, berkata negara itu amat terganggu selepas melihat rakaman menunjukkan polis Israel menceroboh majlis pengebumian berkenaan.

“Setiap ahli keluarga berhak untuk mengebumikan insan yang mereka sayangi secara terhormat dan tanpa halangan.

EU pula ‘terkejut dengan keganasan di premis Hospital St Joseph itu serta tindakan ganas yang tidak diperlukan oleh polis Israel sepanjang majlis pengebumian berkenaan’.

Setiausaga Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, turut menyuarakan rasa ‘amat terganggu’ dengan keganasan berkenaan, kata seorang jurucakap.

Persatuan Bulan Sabit Merah Baitulmaqdis berkata, 33 individu cedera dalam kejadian itu termasuk enam yang perlu dimasukkan ke hospital.

Pihak berkuasa Israel pula memaklumkan enam individu ditahan selepas orang ramai yang menghadiri pengebumian itu melemparkan ‘batu dan botol kaca’ ke arah mereka.

Menurut wartawan AFP, orang ramai mahu berarak mengikuti keranda ke kawasan kubur di luar tembok Bandar Lama dan pada mulanya cuba dihalang polis Israel.

Namun, akhirnya mereka mengalah dan membenarkan ribuan penduduk bergerak ke kawasan kubur serta tidak campur tangan walaupun bendera Palestin dikibarkan.

Israel dan Palestin saling menuding jari atas kematian Shireen Rabu lalu, yang terkena tembakan di kepala ketika tentera Israel menyerbu kem pelarian Jenin.

Tentera Israel mendakwa, siasatan awalnya tidak dapat mengesahkan pihak yang mana melepaskan tembakan itu, namun memaklumkan peluru sesat Palestin atau tembakan penembak hendap Israel boleh menjadi puncanya.

Bagaimanapun, pejabat pendakwa raya Palestin di bandar Ramallah di Tebing Barat kemudian mendakwa, hasil siasatan awal menunjukkan ‘satu-satunya punca tembakan itu adalah daripada tentera Israel’.

Dalam satu kenyataan bersama yang jarang dilakukan, Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengutuk pembunuhan itu dan menggesa ‘siasatan segera yang menyeluruh, telus dan adil’, kata diplomat.

BHonline-

Tags: Amerika SyarikatEUIsraelkecam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

China Tarik Diri Anjur Piala Asia 2023

Next Post

49 PATI Bolos Sempadan Melalui Ladang Getah Dicekup

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

Israel Bakal Berdepan Tuduhan Melanggar Undang-undang Antarabangsa

Israel Bakal Berdepan Tuduhan Melanggar Undang-undang Antarabangsa

28/04/2025
0

AMSTERDAM: Israel bakal berdepan tuduhan melanggar undang-undang antarabangsa kerana enggan membenarkan bantuan memasuki Semenanjung Gaza. Ia berikutan apabila puluhan negara...

Next Post

49 PATI Bolos Sempadan Melalui Ladang Getah Dicekup

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd