• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Rampas 100kg Sotong Gred A

oleh AK-47
08/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas sebanyak 100 kilogram (kg) sotong gred A daripada sebuah bot nelayan Vietnam yang ditahan dalam Op Pagar Laut kerana menceroboh perairan negara, semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Bot bersama enam kru termasuk tekong berusia 18 hingga 56 tahun itu ditahan kapal APMM yang sedang melakukan rondaan bersepadu Op Pagar Laut, Op Kuda Laut dan Op Iman di kedudukan 67 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, pada jam 3.20 petang.

Pengarah APMM Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, berkata bot nelayan Vietnam dengan nombor pendaftaran BD 93430 cuba melarikan diri namun gagal apabila dihalang kapal APMM selepas hampir satu jam mengejar bot terbabit.

“Pemeriksaan mendapati semua kru termasuk tekong tidak memiliki dokumen pengenalan diri serta bot tidak mempunyai permit menangkap ikan yang sah dan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan tanpa kebenaran di perairan Malaysia.

“Sementara kru akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1963,” katanya.

Turut dirampas, 500 liter diesel serta peralatan menangkap ikan dan bot yang semuanya dianggarkan bernilai RM1 juta.

Muhammad Suffi berkata, musim sotong bermula April hingga Ogos menyebabkan nelayan Vietnam bertindak menceroboh perairan negeri ini bagi mencuri hasil laut berkenaan.

Katanya, setiap kali tiba musim sotong, kes pencerobohan nelayan Vietnam di perairan negeri ini akan meningkat berbanding bulan biasa.

Selain itu, katanya, nelayan Vietnam dipercayai sengaja mengambil kesempatan menceroboh perairan negara kerana beranggapan penguatkuasaan longgar ketika Aidilfitri.

“Ini tangkapan ke-14 membabitkan pencerobohan nelayan asing melalui Op Khas Pagar Laut 1/2022, dengan penahanan keseluruhan seramai 104 kru warga Vietnam,” katanya.

BHonline-

Tags: APMMBot Nelayan Vietnamsotong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd