• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Jasa Sanusi Kepada Bola Sepak Malaysia?

oleh AK-47
19/05/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Apa jasa Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kepada sukan bola sepak Malaysia setakat ini?

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Beliau baru memegang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) pun atas merit politik kerana menjadi Menteri Besar PAS.

KFA dibawah pimpinannya juga dilihat tidak begitu cemerlang sebaliknya hanya cemerlang mengkritik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dengan demikian usah keterlaluan mengutuk dan mengecam pasukan lain sehingga sanggup menggunakan perkataan ‘tokong’

Tanpa beliau sedari tindakannya itu ibarat batu api yang boleh mengundang perbalahan lebih besar dalam kalangan penyokong.

Sukan bola sepak adalah tentang perpaduan. Persaingan hanya di atas padang, bukan untuk melebarkan permusuhan. Sanusi perlu berhenti mencetuskan aura perbalahan.

Kita semua tahu Sanusi berlatarbelakangkan politik. Mungkin prinsip dan segala hala tujunya adalah berkiblatkan politik.

Namun jangan sesekali memperlakukan sukan bola sepak seperti politik. Perlu tahu beza antara fakta dan persepi, antara mengkritik dan menghasut.

Bukankah perpecahan Muafakat Nasional (MN) akibat PAS ‘main banyak kolam’ sudah cukup mendukacitakan ummah.

Biarlah politik dengan politiknya dan sukan dengan semangat kesukanannya. Kebodohan apakah yang mahu mengorak sukan seperti anasir politik?

Pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 11 Mei lalu, NSFC tewas 0-1 kepada JDT ketika masa tambahan 10 minit bagi masa kecederaan separuh masa kedua.

Itu adalah keputusan pengadil. Mengapa Sanusi seolah-olah mahu melemparkan persepsi yang tidak baik kepada JDT pula?

Sanusi menuduh keputusan memberikan masa tambahan yang sangat lama itu merupakan satu perkara yang luar biasa, aneh atau ‘rare’ dalam permainan bola sepak.

Beliau minta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menangani perkara yang beliau dakwa menggelikan hati’ itu agar mutu dan kualiti bola sepak negara terus meningkat.

Sebenarnya yang menggelikan hati adalah Sanusi kerana ppasukan Kedah dibawah pengurusannya tidak pergi jauh, tetapi ada hati berbicara mutu dan kualiti sukan bola sepak.

JDT pernah memenangi Piala AFC dan melakar sejarah satu-satunya pasukan dalam Malaysia pernah mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-juara Asia (ACL).

Apakah mutu dan kualiti JDT itu juga disebabkan tambahan 10 minit? Penyokong bola sepak Malaysia perlu mengabaikan kenyataan daripada individu seperti Sanusi.

Bola sepak Malaysia tidak rugi tanpa insan seperti itu kerana yang lebih penting adalah sukan bola sepak menyatukan kita, bukan menyebabkan permusuhan tidak bertepi.

-Mynewshub

Tags: bola sepakBola Sepak MalaysiajasaSanusi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

24/08/2025
0

ALOR SETAR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd