• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

87 Cawangan Econsave Kekurangan 30 Peratus Tepung Gandum

oleh Mohd Arshad
18/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR GUDANG: Pasar Raya Econsave Cash and Carry (Econsave) berdepan masalah kekurangan bekalan tepung gandum bersubsidi sehingga 30 peratus di kesemua 87 cawangannya di seluruh negara.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam berkata, keadaan itu disebabkan pembekal mengalami masalah ketiadaan bekalan tepung gandum sejak awal bulan ini.

Katanya, keadaan bertambah buruk apabila pembekal tidak dapat menghantar bekalan disebabkan cuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

“Walaupun negara kita tidak mengimport tepung dari India, masalah turut berlaku setelah bekalan tepung gandum tidak mencukupi di pasaran.

“Kita mengimport bekalan tepung gandum kira-kira 80 peratus dari Australia dan hanya sedikit dari Ukraine, sepatutnya kita tidak timbul isu kekurangan bekalan tepung gandum,” katanya semasa meninjau bekalan berkenaan di Econsave Taman Scientex, di sini hari ini.

Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, bekalan tepung gandum negara dijangka tidak terjejas di sebalik larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik.

KPDNHEP berkata, Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.

Dalam pada itu, Mas Imran berkata, setakat ini hanya terdapat bekalan untuk tepung gandum tidak bersubsidi jenama Faiza di pasar raya tersebut dengan harga RM3.05 satu paket.

Jelasnya, tepung gandum bersubsidi berjenama lain seperti GPS (RM1.85), jenis Blue Key, Lili dan Feri (RM1.35) semakin sukar diperoleh dan kebanyakannya sudah terputus bekalan sejak awal bulan ini.

“Walaupun tiada bekalan tepung bersubsidi, pihaknya tidak menaikkan harga tepung gandum tidak bersubsidi sedia ada dan pada masa sama menasihatkan pengguna tidak melakukan pembelian panik,” katanya.

Tambahnya, langkah mengehadkan penjualan tepung gandum juga akan dikenakan kepada pembeli ekoran kekurangan bekalan di semua cawangan pasar raya berkenaan.

Jelasnya, langkah itu dilihat perlu bagi memastikan keperluan asas berkenaan dapat memenuhi permintaan lebih ramai pembeli namun perlu mendapat kebenaran kementerian terlebih dahulu.

UtusanOnline-

Tags: econsavekekurangan bekalantepung gandum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

India Larang Eksport Tepung Gandum

India Larang Eksport Tepung Gandum

27/08/2022
0

NEW DELHI – India meluluskan dasar melarang eksport tepung gandum dalam usaha menurunkan harga di pasaran domestik, lapor laman berita...

Kedai Roti Di Lubnan Henti Operasi Sebab Kekurangan Tepung

13/04/2022
0

BEIRUT: Lebih banyak kedai roti di selatan Lubnan akan menggantung perniagaan di tengah-tengah masalah kekurangan tepung gandum, menurut ketua Sindiket...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd