• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

849 Saman, 18 Ditahan, 5 Motosikal Disita

oleh AK-47
15/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Lagak tujuh lelaki mempamer aksi berbahaya ketika menunggang motosikal hanya mengundang padah apabila ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan, Motosikal dan Pelbagai Kesalahan yang berakhir 4 pagi hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Selain mereka, 11 lelaki turut ditahan dalam operasi itu kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Operasi oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur bermula Jumaat lalu di sekitar pusat bandar, Jalan Pahang, Jalan Raja Laut, Jalan Kuching, Jalan Genting Klang dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke).

Ketua JSPT Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, penunggang motosikal berusia 17 hingga 25 tahun itu ditahan ketika menunggang berbahaya dan melakukan aksi seperti zig-zag, roket, ‘superman’ serta bersaing sesama sendiri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.

“Kami juga menahan 11 lelaki berusia antara 22 hingga 62 tahun yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dan dibawa ke balai sama untuk siasatan mengikut Seksyen 45(A) akta sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sarifudin berkata, operasi itu yang membabitkan 11 pegawai dan 72 anggota turut mengeluarkan 849 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita mengikut Seksyen 64 APJ 1987 kerana pengubahsuaian struktur.

“Kenderaan yang disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta diarahkan mengubah ke struktur asal.

“Kami akan terus mempertingkatkan operasi pada hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-20719999, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

-Harian Metro

Tags: DisitasamanTahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

02/02/2026
0

Kuala Lumpur: Dua lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta di tempat awam di Jalan Taman Intan...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd