• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

60 Tahanan JIM Masih Diburu

oleh AK-47
09/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya : Tiga minggu sudah berlalu namun pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) masih meneruskan usaha mengesan baki 60 tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Dalam kejadian jam 4.30 pagi 20 April lalu, seramai 528 tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara itu selepas

memecahkan pintu blok dan grill penghadang.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya masih meneruskan usaha mengesan 60 etnik Rohingya yang melarikan diri.

Menurutnya, suspek dipercayai berada dalam komuniti masing-masing seperti di Pulau Pinang dan Selayang, Kuala Lumpur.

“Hukuman berat bakal dikenakan kepada individu yang didapati melindungi tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri itu.

“Mereka yang melindungi atau menggajikan PATI boleh dikenakan denda tidak kurang RM5,000 sehingga mencecah RM50,000 mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 55B akta sama,” katanya.

Menurutnya, sejak tahun 2019 sehingga kini, seramai 2,200 etnik Rohingya ditahan di depoh JIM seluruh negara.

“Warga Rohingya yang memasuki negara ini secara haram tidak akan dibebaskan dan akan ditahan sebagai Pendatang Tanpa Izin (PATI) di depoh JIM seluruh negara ,”katanya pada sidang media Penambahbaikan Perkhidmatan Kaunter Pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa di sini, tadi.

Khairul Dzaimee berkata, Malaysia sedang mengadakan rundingan dengan beberapa negara bagi tujuan penghantaran pelarian Rohingya ke negara ketiga.

Menurutnya, Jumaat lalu Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengadakan rundingan dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Kuala Lumpur.

Katanya, beliau tidak dapat memberi penjelasan lanjut berkenaan perkara itu kerana ia d ibawah kuasa Kementerian Luar.

-Harian Metro

Tags: DiburuJIMTahanaan JIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

25/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu sebuah kedai makan terkenal di Kampung Baru, di sini dan menahan empat pekerja...

JIM Bongkar Eksploitasi Buruh Paksa Didalangi Warga Bangladesh

JIM Bongkar Eksploitasi Buruh Paksa Didalangi Warga Bangladesh

17/04/2025
1

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar aktiviti eksploitasi buruh paksa yang didalangi warga Bangladesh dalam serbuan di sebuah tapak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd