• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakaf Mampu Sumbang Pembangunan Sosioekonomi Negara – Idris

oleh Mohd Arshad
03/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Semua lapisan masyarakat perlu memainkan peranan untuk menyemarakkan amalan berwakaf serta mempromosikannya sebagai antara sumber kewangan sosial Islam dalam usaha memperkasakan ekonomi negara.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata usaha itu seiring langkah kerajaan yang bersetuju menjadikan Ramadan setiap tahun sebagai Bulan Wakaf bagi memperkasakan wakaf di seluruh negara.

Beliau berkata, ia sejajar pelancaran Ramadan sebagai Bulan Wakaf Kebangsaan pada April tahun lalu oleh Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kerajaan kini menjadikan wakaf sebagai salah satu instrumen yang mampu menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.

“Agensi kerajaan dan swasta turut melihat amalan wakaf amat membantu dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

“Ini berikutan pelbagai inisiatif wakaf yang dibangunkan boleh menjadi perintis kepada usaha pembaharuan, penambahbaikan dan pengukuhan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan 2022 bertema ‘Wakaf, Mensejahterakan Keluarga Malaysia’, yang disiarkan secara maya, hari ini.

Mengulas lanjut, Idris berkata, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) serta universiti awam sudah bergerak seiring dalam usaha memberi kesedaran dan membudayakan amalan berwakaf dalam kalangan Keluarga Malaysia.

“Antara usaha sedang dilaksanakan JAWHAR, tahun ini, ialah menerbitkan beberapa buku yang membincangkan secara khusus berkaitan wakaf. Antaranya, Manual Pengurusan Agihan Manfaat Wakaf hasil kerjasama JAWHAR bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Ia juga merangkumi penerbitan Perakaunan Aset Wakaf di Malaysia hasil kerjasama JAWHAR dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Garis Panduan Pungutan Dana Wakaf Al-Quran yang membabitkan kerjasama JAWHAR dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya.

Beliau menjelaskan, amalan berwakaf bukan perkara asing, sebaliknya sudah dilaksana dan dimanfaatkan masyarakat sejak zaman Rasulullah SAW lagi.

“Begitu juga di luar negara, wakaf terbukti dapat menyumbang kepada perkembangan dan pembangunan negara dalam sektor ekonomi, pendidikan serta kesihatan.

“Sebagai contoh, Universiti Al-Azhar di Mesir menjadi ikon peranan wakaf dalam masyarakat. Universiti itu ditadbir sepenuhnya daripada sumber wakaf, dan terus maju serta berjaya menghasilkan cendekiawan disegani seantero dunia,” katanya.

Malah, Idris berkata, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) turut meliputi 10 strategi membabitkan peranan wakaf, seperti menggalakkan sistem kewangan yang mampan dan inklusif serta memanfaatkan sepenuhnya tanah rizab Melayu dan instrumen wakaf.

-Berita Harian

Tags: Pembangunan Sosioekonomi Negarawakaf
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sindiket Tipu Wakaf Telaga Kemboja

02/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Sikap dermawan rakyat Malaysia membantu pembinaan telaga di Kemboja bagi manfaat umat Islam di negara itu menarik...

Kaedah Terbaik Bangunkan Kampung Baru

07/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Sejak Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengumumkan tawaran baharu kepada pemilik dan pewaris Kampung Baru pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd