• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Alasan Lengah PRU-15

oleh AK-47
17/04/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas UMNO mengumumkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN), maka tiada lagi alasan untuk melengahkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Jika sebelum ini ada pihak dalaman UMNO sendiri membantah PRU-15 diadakan kerana bimbang Ismail Sabri tidak dapat menjadi PM semula, maka kebimbangan itu telah berlalu.

Mudah bicara UMNO telah mencapai konsensus untuk merungkai faktor terbesar yang menghalang PRU-15 diadakan sebelum ini.

Faktor luaran iaitu pandangan dan pendapat parti lain yang membentuk kerajaan campuran, Bersatu dan PAS bukan faktor yang sangat menekan untuk PRU-15 tidak boleh diadakan.

Usah terlalu mengikut kehendak mereka kerana kehendak mereka adalah PRU-15 hanya boleh diadakan apabila Mahiaddin Md Yasin dilihat berpeluang menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Begitu juga dengan Pakatan Harapan (PH) iaitu PRU-15 hanya boleh diadakan selepas situasi politik dilihat memihak kepada mereka.

Lagipun rakyat sudah tersangat rindu untuk keadaan politik dan pentadbiran negara kembali stabil seperti sebelum PRU-14.

Rakyat semakin semak dengan pelbagai permainan politik yang hanya mengundang perpecahan dan perbalahan dalam kalangan meteka.

Satu-satunya cara dengan mengembalikan mandat kepada rakyat menentukan pembentukan sebuah kerajaan baharu yang kukuh dan kuat.

Politik Malaysia perlu cepat kembali stabil kerana kita bimbang lama kelamaan negara ini semakin ketinggalan berbanding negara lain.

Pada waktu negara lain sedang gigih membangunkan kemakmuran ekonomi pasca pandemik Covid-19, Malaysia masih terus bercakaran tentang politik.

PRU-15 akan meletakkan noktah kepada perkara yang tidak bermanfaat tersebut dan selepas itu baru negara akan dapat memulakan maksud pemulihan yang benar-benar pemulihan.

-Mynewshub

Tags: PRU-15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

19/03/2023
0

KUALA TERENGGANU: Rakaman video memaparkan seorang lelaki meminta pengundi bersumpah mengundi PAS, antara yang dikemukakan pihak pempetisyen ketika perbicaraan Petisyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd