• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Subsidi Diteruskan Biarpun Kos Haji Meningkat

oleh Mohd Arshad
08/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kerajaan memberi jaminan pemberian subsidi kepada jemaah akan diteruskan biarpun kos menunaikan haji tahun ini dijangka meningkat lebih RM25,000.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad, berkata perbincangan lanjut akan dilakukan bersama Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum kos bayaran yang akan ditanggung jemaah ditentukan.

“Nanti kita akan umumkan (kos), malah (kuota haji) semua negara belum diumumkan lagi, sepatutnya (Arab Saudi) maklumkan sebelum Ramadan, tapi mungkin ada perkara yang perlu diselesaikan dahulu, kita tunggu.

“Subsidi akan tetap kita bagi, namun tidak boleh umum lagi, kita akan bincang dengan TH dalam masa terdekat, nanti akan diputuskan Kabinet dan diumum kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kebajikan Hospital Wilayah Persekutuan 2022 di Hospital Putrajaya di sini hari ini.

Semalam TH menjangkakan kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah pada tahun ini meningkat kepada lebih RM25,000 susulan kenaikan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu dikenakan kerajaan Arab Saudi.

TH dalam kenyataan memaklumkan kos berkenaan adalah peningkatan 12 peratus berbanding RM22,900 bagi seorang jemaah haji muassasah pada 2019.

Sementara itu Idris berkata, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sehingga Februari lalu sudah mengagihkan bantuan perubatan kepada 1,736 penerima dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM4,396,959.

Beliau berkata, bantuan di bawah Skim Bantuan Perubatan itu adalah satu daripada 30 skim bantuan yang ditawarkan MAIWP.

“Melalui skim ini, pelbagai bentuk bantuan disalurkan kepada mereka yang berkelayakan.

“Antara bantuan yang disalurkan di bawah skim ini adalah bantuan hemodialisis, peralatan kesihatan, perubatan am dan kanak-kanak khas orang kurang upaya (OKU),” katanya.

Dalam pada itu, Idris berkata, setiap tahun MAIWP akan menyampaikan bantuan kepada tabung kebajikan hospital.

“Tahun ini sumbangan diteruskan kepada 12 hospital yang akan menerima sumbangan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.03 juta.

“Sumbangan ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh hospital dan institusi kesihatan untuk membantu pesakit yang kurang berkemampuan yang memerlukan peralatan perubatan, pembelian ubatan khas dan bantuan am seperti pembedahan atau rawatan susulan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Hajikos hajisubsidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ini Bukti Tol Selama-Lamanya Bawah PH

Next Post

MB: Penjawat Awam S’gor Dapat Bantuan Khas Aidilfitri Sebulan Gaji

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

Next Post

MB: Penjawat Awam S'gor Dapat Bantuan Khas Aidilfitri Sebulan Gaji

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd