• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Tetak Isteri, Mentua Dijel 15 Tahun Dan Lapan Sebatan

oleh Mohd Arshad
26/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Hanya kerana selisih faham kerana wang seorang pemandu lori dijatuhi hukuman 15 tahun penjara dan lapan sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan mencederakan ahli keluarganya dengan sebilah parang panjang pada 14 April lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Tertuduh, Hadi Hashim, 38, mengaku bersalah di atas kesemua empat pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dihadapan Hakim Norsiah Ujang.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 8.22 malam di Jalan Siakap 5, Kampung Sedili Kecil dengan menyebabkan cedera parah ke atas ibu mentuanya, Puasa Yasik, 57, menggunakan sebilah parang panjang.

Tertuduh juga didakwa melakukan perbuatan sama di ke atas isterinya, Norwahida Rosli, 33, dan dua adik iparnya, Norwadiha Rosli, 32, dan Mohamad Amirul Iskandar Kamaruzaman, 16.

Ekoran itu tertuduh telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjaga maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Bagi Seksyen 326A Kanun Keseksaan tertuduh boleh dihukum dengan pemenjaraan bagi satu tempoh sehingga dua kali ganda tempoh maksimum yang mana boleh dipenjara maksimum 40 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Irsyad Mardi manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YGBK), Nur Shuhadah Mahzan.

Nur Shuhadah sebelum itu membuat rayuan terhadap hukuman tertuduh kerana tertuduh mempunyai keluarga dan tanggungan dua orang anak kecil berusia 5 tahun juga 3 bulan serta hanya bekerja sebagai pemandu lori dengan gaji sebanyak RM1,300 sebulan.

Katanya, punca selisih faham adalah kerana wang bernilai RM4,000 dimana ketika kejadian tertuduh baru pulang bekerja dan telah diasak berkenaan duit tersebut oleh ibu mentuanya.

-Kosmo Online

Tags: Dijelsuamitetak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Runtuhan kuari:Bomba, PDRM Bincang Sama Ada Teruskan Operasi Atau Tidak

Next Post

TMJ Persoal Pemimpin Kerajaan, Pembangkang Senyap Isu Bella

Related Posts

Bapa Dijel 7 Tahun, Empat Sebatan Lakukan Amang Seksual, Miliki Video Lucah Anak

Bapa Dijel 7 Tahun, Empat Sebatan Lakukan Amang Seksual, Miliki Video Lucah Anak

19/03/2025
0

SEREMBAN - Perbuatan terkutuk seorang bapa yang melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandung perempuan berusia 12 tahun lapan bulan...

Sangka Suami Bergurau Rumah Terbakar, Rupanya Betul

Sangka Suami Bergurau Rumah Terbakar, Rupanya Betul

25/12/2024
0

BALING: "Mulanya saya sangka suami bergurau kata rumah terbakar tapi rupanya memang kejadian itu berlaku hingga menyebabkan rumah pusaka kami...

Next Post

TMJ Persoal Pemimpin Kerajaan, Pembangkang Senyap Isu Bella

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd