• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Guna Kereta ‘Lari’ Dari Bank Seludup Rokok

oleh AK-47
25/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kluang : Pihak berkuasa membongkar taktik sindiket penyeludupan rokok menggunakan kereta yang lari daripada bayar hutang bank untuk melakukan kerja haram itu susulan tangkapan dua suspek di Taman Sri Permai di sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Kedua-dua suspek lelaki berusia 32 tahun warga tempatan itu ditahan kira-kira jam 2 petang dalam serbuan dilakukan Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Dimin Awang berkata, ahli sindiket bertindak demikian bagi mengelak mereka dikesan pihak berkuasa.

Katanya, serbuan merampas 2,200 karton rokok seludup pelbagai jenama serta menyita Toyota Harrier dan Lexus RX 270 yang dalam buruan pihak bank tetapi digunakan suspek.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM780,000 manakala tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut.

“Ketika serbuan dijalankan kedua-dua suspek sedang sibuk memunggah bungkusan besar yang dipercayai rokok tidak bercukai dari kenderaan mereka ke dalam premis berkenaan.

“Premis itu dijadikan sebagai tempat penyimpanan rokok tidak bercukai sebelum diagihkan di sekitar daerah Kluang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, hasil siasatan awal ke atas suspek mengaku baru sahaja tiga bulan melakukan kegiatan itu dan bekalan rokok juga diseludup dari Indonesia melalui jalan laut tidak diwartakan.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan kejayaan itu memutuskan satu kegiatan pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar daerah ini.

Menurut Dimin, orang awam digalakkan menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di jalan yang tidak diwartakan melalui talian hotline 07-7557280 Pejabat Risik/Gerakan Batalion 5 PGA.

-Harian Metro

Tags: Seludup Rokoksindiket
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Dan Didera, 5 Keluarga Rayu Anak Dibawa Pulang

Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Dan Didera, 5 Keluarga Rayu Anak Dibawa Pulang

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Lima keluarga tampil merayu bantuan selepas anak mereka dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dan pemerdagangan manusia di Taiwan serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd