• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semak Status Kad Touch ‘n Go Dahulu

oleh AK-47
29/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Petaling Jaya : PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menasihatkan semua pelanggan lebuh rayanya untuk menyemak status kad Touch ‘n Go sebelum perjalanan pulang ke kampung.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pengguna lebuh raya tidak dapat melepasi plaza tol jika status kad tidak aktif atau tamat tempoh dan ini boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas di plaza tol.

“Kami menasihatkan pelanggan yang mempunyai kad Touch ‘n Go yang tidak aktif atau tamat tempoh untuk segera mendapatkan kad baharu daripada peruncit dan ejen jualan sah Touch ‘n Go di seluruh negara.

“Memandangkan pelanggan lebuh raya mungkin tidak berpeluang melakukan perjalanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020, kad Touch ‘n Go tidak lagi aktif apabila tiada transaksi tol dibuat dalam tempoh 12 bulan berturut-turut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semakan boleh dibuat di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login.

Tambah Zakaria, sebagai alternatif, pengguna boleh menggunakan MyKad yang turut dilengkapi dengan cip Touch ‘n Go dan boleh ditambah nilai untuk kegunaan di lebuh raya.

Pengguna juga boleh menggunakan kad keahlian Watsons mereka yang juga dilengkapi dengan cip Touch ‘n Godi plaza tol ketika pulang ke kampung.

“Bagi kemudahan untuk menambah nilai Touch ‘n Go, PLUS sudah menyediakan pusat tambah nilai di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) terpilih, mesinpengeluaran wang automatik (ATM), kedai serbaneka di sepanjang lebuh raya PLUS dankemudahan lain, termasuk 67 Kiosk Layan Diri (SSK) di plaza tol terpilih.

“Terdapat 22 kaunter Touch ‘n Go di stesen minyak terpilih di sepanjang lebuh raya PLUS yang membolehkan mereka membuat tambah nilai tanpa caj.

“Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan tambah nilai Touch ‘n Go, sila hubungi Touch ‘n Go Careline di careline@touchngo.com.my atau layari www.touchngo.com.my,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Kad Touch 'n GosemakstatusTouch 'n Go
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tahan Wanita Pandu Lawan Arus, Positif Dadah

Next Post

KJ Pesan Buat RTK Dahulu Sebelum Balik Kampung

Related Posts

Johor Beri Insentif TNG EWallet RM20 Galak Transaksi Tanpa Tunai Di Bazar Ramadan

Johor Beri Insentif TNG EWallet RM20 Galak Transaksi Tanpa Tunai Di Bazar Ramadan

06/03/2025
1

JOHOR BAHRU: Seramai 48,000 Bangsa Johor berpeluang menerima insentif eWallet Touch 'n Go bernilai RM20 dalam usaha menggalakkan transaksi tanpa...

Identiti Mayat Dalam Semak Dikenal Pasti Sebagai Zarina

Identiti Mayat Dalam Semak Dikenal Pasti Sebagai Zarina

25/01/2023
0

KUALA TERENGGANU: Identiti mayat wanita yang ditemui dalam semak di Marang, Khamis lalu, dikenal pasti sebagai Zarina Mukhtar, berusia 57...

Next Post

KJ Pesan Buat RTK Dahulu Sebelum Balik Kampung

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd